suria

Beyonce Knowles Mahu Tambah Anak

Beyonce mahu tambah bilangan anak.
Beyonce mahu tambah bilangan anak.
Beyonce mahu tambah bilangan anak.

PENYANYI Beyonce Knowles mahu menambah bilangan cahaya mata selepas melahirkan seorang bayi perempuan, Blue Ivy yang kini berusia 13 bulan.

Beyonce berkata, hasrat itu turut dikongsi bersama suaminya, Jay-Z yang memang mahukan bilangan anak yang ramai.

"Semasa muda ada ketikanya saya langsung tidak mahukan anak dan kini selepas menjadi seorang ibu perasaan untuk menambah bilangan anak itu sentiasa ada," katanya seperti dilaporkan contactmusic.com.

Tambah Beyonce, walaupun mempunyai niat itu beliau bagaimanapun tidak dapat menjangkakan bilakah masa yang tepat untuk hamil kerana jadualnya sebagai penyanyi sangat ketat.

"Dengan jadual yang sangat padat saya tidak dapat menjangkakan bila masa itu akan tiba tetapi yang pasti ia akan berlaku," jelasnya.

Dalam pada itu, Beyonce berkata, dia tidak mahu anak-anaknya hidup dibayangi populariti sebaliknya ingin mereka membesar dengan normal seperti kanak-kanak lain.

"Adalah penting untuk mereka menjalani kehidupan biasa dan melalui saat-saat yang gembira dan sukar sebagai kanak-kanak biasa supaya mereka lebih menghargai kehidupan," katanya.

Artikel Berikut

Artikel Lain