suria

Tidak Mungkin Cinta Faralyna & Hairul Azreen Terjalin Semula

Faralyna tidak meletakkan kesalahan seratus peratus kepada bekas teman lelakinya, Hairul Azreen ekoran keretakan hubungan mereka.
Faralyna tidak meletakkan kesalahan seratus peratus kepada bekas teman lelakinya, Hairul Azreen ekoran keretakan hubungan mereka.
Faralyna tidak meletakkan kesalahan seratus peratus kepada bekas teman lelakinya, Hairul Azreen ekoran keretakan hubungan mereka.

PETALING JAYA: Aktres Faralyna Idris tidak terfikir untuk menjalinkan semula hubungan dengan Hairul Azreen walaupun pemuda itu mengakui kesilapannya sehingga menyebabkan berlaku keretakan terhadap hubungan yang dijalinkan sejak empat tahun lalu itu.

Faralyna, 23, berkata, dia lebih selesa dengan kehidupan solonya ketika ini selain dapat memberi sepenuh tumpuan terhadap kerjaya seni yang sedang diciptanya.

"Pada masa ini lebih baik kami berdua menumpukan kepada kerjaya masing-masing. Seandainya jika sudah tertulis jodoh di antara kami, pasti kami akan bersama,” katanya kepada mStar Online.

Katanya sebagai pasangan dia mengakui turut memikul kesalahan serupa sehingga menyebabkan hubungan itu tidak menjadi.

Bagaimanapun dia merasakan apa yang berlaku itu dapat mematangkan kehidupannya sebagai manusia.

"Apabila sesebuah perhubungan itu tidak menjadi ia bukan salah satu pihak sahaja dan seperti Hairul, saya sendiri ada kesalahan yang menyebabkan hubungan itu tidak kekal.

"Bagaimanapun kami matang dalam hal ini dan memilih untuk tidak memperbesar-besarkan isu ini kerana kami menghormati antara satu sama lain,” jelasnya.

Tambah Faralyna, dia juga tidak terfikir untuk mencari pengganti buat masa ini kerana lebih senang dikelilingi teman dan keluarga.

"Sekarang kehidupan saya lebih baik kerana saya banyak menghabiskan masa bersama rakan-rakan dan keluarga malah tidak terfikir untuk mencari pengganti," katanya.

Sementara itu, Faralyna baru sahaja selesai menjalani penggambaran drama bersiri 26 episod berjudul Mencintaimu untuk siaran RTM.

Dia juga terlibat dalam filem Gila-Gila Remaja 2 yang akan ditayangkan Mac depan

"Syukur kerjaya dalam bidang lakonan semakin baik tetapi saya tidak mahu terlalu mengejar semua benda kerana ingin menapak secara perlahan-lahan dalam industri ini," jelasnya.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain