Fazley Yaakob PETALING JAYA: Penyanyi Datuk Dr Fazley Yaakob menyifatkan bulan April sering membawa tuah kepadanya tidak kiralah daripada sudut peribadi mahupun kerjaya.Fazley yang juga juara Masterchef Selebriti Malaysia 2012 berkata, kerana tuah itu juga, Fazley mengambil kesempatan itu melakukan apa-apa sahaja perkara termasuklah pelancaran album terbaharunya tidak lama lagi. "Bagi saya April adalah bulan bertuah buat saya. Kebanyakan kejadian bermakna berlaku pada bulan itu."Antaranya seperti saya lahir, kenal isteri dan hari graduasi saya semuanya pada bulan April," katanya.Tambah Fazley, album terbaharunya juga bakal dilancarkan pada April ini serta pelancaran buku resipi masakan kesihatan yang dihasilkannya.Dalam perkembangan lain, Fazley juga menjadi juri bagi program memasak Dumex Chef Cilik 5 Power Nutri musim kedua yang bakal ke udara di Astro Ria setiap hari Rabu pukul 9 malam mulai 20 Februari ini.Fazley dipertanggungjawabkan sebagai juri bersama dengan Chef Andri dan pakar pemakanan Dumex iaitu Nor'azah Mohd Sidi."Rasa seronok pula apabila sering ditawarkan kerja-kerja yang melibatkan hal masakan."Selain itu ia juga mencabar untuk saya menyusun jadual, tetapi menjadi pakar motivasi, penyanyi serta membuat demo masakan dalam satu masa sangat menarik."Ia membuatkan kehidupan kerjaya saya penuh variasi," tuturnya.