Gambar yang didakwa Adele dan Chris sedang bertengkar pada malam Anugerah Grammy baru-baru ini. FOTO yang menunjukkan Adele dan Chris Brown sedang bertengkar pada malam Anugerah Grammy baru-baru ini telah menimbulkan salah faham dan kedua-dua penyanyi itu tampil memberikan penjelasan.Adele, 24, menerusi laman Twitter miliknya menjelaskan mereka tidak pernah bergaduh dan semasa kejadian mereka sedang mengucapkan tahniah ke atas satu sama lain selain bertanya khabar. "Chris dan saya sebenarnya bukan sedang bertengkar tetapi berbual-bual sambil mengucapkan tahniah untuk malam tersebut dan gambar tersebut tidak menceritakan keseluruhan situasi," jelasnya.Chris dalam satu entri pula menyebut senang bertemu dengan Adele dan mengucapkan terima kasih kepada penyanyi lagu Someone Like You itu kerana telah menjelaskan situasi sebenar."Terima kasih Adele kerana telah menjelaskan perkara sebenar dan senang bertemu dengan anda pada malam itu," jelasnya.