suria

Bekas Suami Kim Kardashian Buat Kanye West Marah

Kanye dan Kim bakal menerima kehadiran anak sulung mereka tidak lama lagi.
Kanye dan Kim bakal menerima kehadiran anak sulung mereka tidak lama lagi.
Kanye dan Kim bakal menerima kehadiran anak sulung mereka tidak lama lagi.

SEJAK berpisah pada tahun 2011, proses penceraian Kim Kardashian dan Kris Humphries sukar untuk diselesaikan.

Menurut laporan portal Hollywood Life, Kris sengaja ingin melewatkan proses tersebut dengan tidak menghadirkan diri ke satu kes sebutan di mahkamah.

Hal tersebut membuatkan kekasih Kim bengang dan menyifatkan Kris seperti ingin mengenakan bekas isterinya itu.

"Sikap Kris membuatkan semua orang bengang. Kanye tidak mahu peduli alasan yang diberikan Kris kerana gagal menghadirkan diri ke mahkamah.

"Cuma dia ingin perkara ini cepat selesai agar memudahkannya berkahwin dengan Kim. Tambah pula Kim akan melahirkan anaknya pada pertengahan tahun ini," kata sumber.

Perkahwinan Kris dan Kim sebelum ini hanya bertahan selama 72 hari namun sehingga kini kedua-dua belah pihak masih belum mencapai kata sepakat untuk berpisah sehinggakan kes penceraian mereka masih lagi berlarutan sehingga kini.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain