Jason bersama kekasihnya, Jordin Sparks. PENYANYI Jason Derulo tidak berasa tergugat dengan populariti kekasihnya, Jordin Sparks.Derulo, 23, yang telah menjalinkan hubungan selama dua tahun bersama bekas juara program American Idol itu mengakui tidak kisah jika ada pihak yang cuba membanding-bandingkannya dengan Jordin. "Bercinta dengan seorang wanita yang mempunyai pelbagai kejayaan dan populariti perlukan keyakinan diri yang tinggi bagaimanapun saya tidak pernah rasa tergugat dengan perkara itu."Malah hubungan kami juga berada dalam keadaan baik dan jurang yang terdapat dalam kerjaya kami bukan satu masalah," katanya kepada Daily Mail.Derulo juga mengakui perkenalannya dengan Jordin telah mengubahnya yang sebelum ini terkenal dengan sikap berfoya-foya bersama wanita.