suria

Capital FM Lebar Frekuansi Di Pulau Pinang

Janice Yap dan Pamela Chong adalah dua wajah baharu yang menyertai Capital FM.
PETALING JAYA: Stesen radio milik Star Radio Group, Capital FM akan melebarkan frekuansinya di Pulau Pinang bermula 17 Mac ini dan boleh didengar menerusi 107.6FM.

Ketua Pegawai Operasi Kumpulan Star Radio, Kudsia Kahar berkata, ia adalah satu lagi pencapaian buat stesen radio itu yang sebelum ini hanya boleh didengari di kawasan Lembah Klang sahaja.

"Pihak Kami amat senang dengan maklum balas yang diterima untuk Capital FM. Kami percaya bahawa inilah masanya untuk membawa jenama ini ke satu tahap yang berbeza dan mendekati pendengar yang lebih besar," katanya dalam satu kenyataan kepada mStar Online pada Jumaat.

Dalam pada itu, Kudsia berkata, sasaran Capital FM adalah bagi menyediakan saluran pemasaran yang lebih besar kepada rakan niaga di Pulau Pinang.

"Ini adalah peluang terbaik kepada para pengiklan dan rakan niaga untuk berhubung dengan kumpulan sasaran yang berpotensi dan juga untuk memasuki ke pasaran yang berbeza”, Katanya.

Dalam pada itu, Capital FM yang menfokuskan kepada pendengar wanita turut memperkenalkan tiga penyampai baharu yang dilihat amat sesuai dengan objektif stesen berkenaan.

Pemilihan Pamela Chong, Janice Yap dan Isabel Taye yang dinamik, bergaya dan dekat dengan pendengar dilihat sesuai dengan imej stesen radio berkenaan.

Capital FM adalah radio berbahasa Inggeris yang memenuhi citarasa wanita urban berumur di antara 25 hingga 40 tahun.

Untuk maklumat lanjut, dengarkan Capital FM di frekuansi 88.9 di Lembah Klang dan 107.6 di Pulau Pinang. Layari juga www.capitalfm.com.my dan ikuti Capital FM di Facebook, www.facebook.com/CapitalFM88.9.

Artikel Lain