"Saya pakai telefon kerana terpaksa mengikuti peredaran dan perkembangan teknologi untuk mengemaskini laman sosial. Itu pun saya baru sahaja tahu tentang Instagram.
"Walaupun saya ada tetapi saya agak jarang mengemaskini laman-laman sosial tersebut," katanya kepada mStar Online.
"Telefon saya tidak berbunyi langsung dan jika saya tertinggal di rumah, saya tidak akan patah balik untuk menggambilnya," ujarnya.
Sementara itu, menyentuh single terbaharunya berjudul Di Pintu Syurga, Dayang mengakui ia sebagai mengubat rindu ekpada peminat-peminatnya yang gemarkan lagu Seandainya Masih Ada Cinta.
Katanya, selama ini dia mencari lagu genre balada seperti itu, namun kebanyakkan tidak menepati citarasanya.
"Saya sudah lama cari lagu seperti Masih Ada Cinta, ramai juga komposer yang beri lagu, tetapi tidak jumpa yang betul-betul saya suka.
"Selepas saya berjumpa dengan pihak syarikat Indigital dan mereka memperdengarkan lagu ini, saya terus berminat," katanya.