suria

Aaron Aziz Akur Media Sosial Undang Fitnah

Aaron Aziz

PETALING JAYA: Pelakon Aaron Aziz menganggap peranan media sosial bukan sahaja menggadai hak privasi artis malah ia juga boleh mengundang pelbagai fitnah.

Aaron atau nama sebenarnya Aaron Mustapha Aziz, 39, berkata, apabila seseorang artis itu berkongsi aktiviti masing-masing, mereka harus bersedia untuk menerima kritikan dan pelbagai fitnah jika berlaku kesilapan.

"Dengan kewujudan media sosial ini bagi saya privasi semua orang telah digadai kerana orang ramai mudah untuk mengetahui segala maklumat.

"Bila kita sudah mendedahkan segalanya didalam media sosial, tunggu masa sahajalah bila melakukan satu kesilapan, mulalah kita akan dapat pelbagai kritikan daripada orang ramai," katanya kepada mStar Online.


Aaron Aziz bergandingan dengan Zara Zya dalam Dan Calonnya Adalah 2.
Aaron ditemui pada majlis tayangan perdana drama terbaharu berjudul Dan Calonnya Adalah 2 yang diadakan di TGV 1 Utama, di sini, Khamis.

Drama komedi romantik arahan Abu Marhalim Salleh turut dibintangi pelakon Zara Zya, Helvera Susanti, Susan Lankester dan Nisha Rodzlan.

Tambahnya lagi, dengan kewujudan media sosial menyebabkan ramai orang ingin menunjukkan kehebatan masing-masing dalam memberi nasihat ataupun pendapat.

"Sekarang semua orang nak tunjuk hebat dalam memberi nasihat serta menghukum orang lain sesuka hati dan itu adalah masalah masa kini mengenai media sosial.

Bagi saya ia akan menjadi negatif pada masa hadapan jika perkara ini sentiasa berlarutan," katanya.

Sementara itu mengebai Dan Calonnya Adalah 2 ia menceritakan tentang seorang lelaki bernama Aris anak kepada seorang hartawan yang dipaksa oleh ibunya untuk mencari jodoh dengan meletakan syarat tertentu sebelum dia berkahwin.

Drama ini akan disiarkan bermula 18 Mei ini menerusi portal video, Tonton dengan menayangkan 20 episod serentak bermula pukul 12.30 tengah hari.

Aaron Aziz

Artikel Sebelum

Artikel Lain

Pelakon Lan Zailan meninggal dunia