suria

Izyan Mellyna Mahu Cuba Nasib Di Malaysia

Izyan tidak menolak sekiranya ada tawaran daripada produksi tempatan kepadanya.
PETALING JAYA: Pelakon dari Singapura, Izyan Mellyna tidak meletakkan harapan tinggi untuk mengembangkan kerjaya lakonannya di Malaysia selepas filem lakonannya berjudul Banting ditayangkan di negara ini.

Izyan, 28, bagaimanapun berkata, sekiranya ada tawaran sesuai daripada produksi negara ini dia tidak keberatan untuk mencuba namun mengutamakan kariernya di Singapura.

"Saya bukan seorang yang suka merancang apa yang akan saya lakukan dalam satu jangka masa termasuk mengembangkan karier di Malaysia.

"Ini kerana saya tidak tahu apa akan berlaku selain tidak mahu meletakkan harapan tinggi namun sekiranya ada peluang dan bersesuaian Insya-Allah saya terima," katanya kepada mStar Online yang sedang hamil lima.

Izyan sedang hamil lima bulan.

Selain Izyan yang memegang watak utama, filem Banting turut menampilkan barisan pelakon seperti Mastura Ahmad, Fauzie Laily, Osman Zailani dan Jimmy Taenaka.

Merupakan filem berbahasa Melayu pertama Singapura selepas 40 tahun ia sedang ditayangkan di pawagam seluruh Malaysia.

Dalam pada itu, Izyan berkata, dia tidak pernah berasa cemburu melihat kejayaan rakan seangkatannya yang berjaya membina nama di negara ini.

Dia menganggap perkara itu sebagai rezeki masing-masing dan sentiasa menyokong perjuangan mereka sebagai pelakon.

"Sudah tentu saya gembira melihat rakan-rakan seperjuangan dari Singapura seperti Hisyam Hamid, Shah Iskandar, Aaron Aziz dan Elfaeza Ul-Haq berjaya membina karier lakonan mereka di Malaysia.
"Tidak ada apa yang perlu saya cemburukan kerana itu rezeki masing-masing dan sebagai rakan senegara saya bangga dengan kejayaan mereka," jelasnya.

Barisan pelakon filem Banting.

Sementara itu, bercakap mengenai Banting, Izyan berkata, dia teruja apabila mendapat tahu filem berkenaan ditayangkan di Malaysia malah masih lagi terkejut dengan perkhabaran itu.

Tambahnya, dia berharap filem lakonannya dapat diterima baik penonton selain mahukan lebih banyak filem berbahasa Melayu Singapura dihasilkan selepas ini.

"Sudah 40 tahun Singapura tidak tampil dengan filem Melayu dan tidak sangka usaha keras kami semua akhirnya membuahkan hasil apabila berjaya memasuki pasaran Malaysia.

"Saya mendapat perkhabaran ini seminggu lalu dan masih lagi terkejut namun teruja dapat berkongsi sebuah karya baik dengan penonton," katanya.

Bercakap mengenai wataknya sebagai Yasmin Izyan berkata, peranan berkenaan sangat mencabar dan lasak kerana perlu bergusti namun itu tidak menghalangnya daripada memberikan terbaik.

Malah kata Izyan, 90 peratus aksi bertarung yang dilakonkan dibuatnya sendiri kerana ingin mencabar kredibilitinya sebagai pelakon.

"Saya seorang yang lasak dan suka sesuatu yang mencabar sebab itu saya lakukan sendiri 90 peratus aksi bertarung dalam filem ini.

"Bagaimanapun saya ambil masa sebulan untuk belajar teknik daripada ahli gusti sebenar dan kecederaan kecil ketika penggambaran itu perkara biasa," ujarnya yang memulakan karier lakonan sejak berusia lapan tahun.

Izyan Mellyna, Banting.

Artikel Berikut

Artikel Lain

Pelakon Lan Zailan meninggal dunia