suria

Kejam Tuduh Raja Azmi & Salamiah Hassan Masam Muka

Raja Azmi
PETALING JAYA: Penerbit filem, Raja Azmi terkejut tuduhan dia bermasam muka dengan Salamiah Hassan berpunca kononnya penyanyi itu khuatir keikhlasannya berhijab.

Raja Azmi atau Raja Azmi Raja Sulaiman, 56,  berkata indivdiu yang cuba menyebarkan cerita tidak benar bertujuan melaga-lagakan mereka sangat kejam dan tidak berhati perut.

Salamiah Hassan

“Demi Allah kami tidak bergaduh dan saya tidak tipu. Jika betul saya bergaduh, saya akan bagitahu benda yang betul tapi ini dakwaan yang tidak betul.

“Jahat mulut orang yang bawa isu ni, tak baik cakap macam tu… berdosa. Salamiah tidak pernah melarang saya berhijab malah dia sokong dari belakang,” katanya kepada mStar Online.

Tambah Raja Azmi, dia baru sahaja berbual di telefon bersama Salamiah minggu lalu dan terpaksa menolak pelawaan tidur di rumah temannya kerana terlalu sibuk.

Katanya, mungkin atas faktor jarang tidak dilihat bersama membuatkan orang sekeliling membuat pelbagai andaian dan tuduhan.

“Baru minggu lepas kami berborak di telefon, Salamiah ajak saya tidur di rumahnya tapi saya terpaksa menolak kerana mahu siapkan novel terbaru saya.

“Sekarang saya sibuk menulis dan tidak sempat nak berjumpa tetapi 23 Mei ini anak saudara Salamiah kahwin jadi saya akan pergi membantu,” katanya.

Raja Azmi menunjukkan bukunya, Black Widow yang diedarkan semula.

Selain itu, Raja Azmi berkata mereka berdua sudah lama menjadi teman rapat dan dia menyifatkan tuduhan tersebut amat keterlaluan seolah-olah ada pihak yang cuba memburukkan nama baik Salamiah.

Raja Azmi juga tidak menafikan sepanjang bersahabat dengan penyanyi itu, mereka ada bergaduh kecil seperti adik beradik dan Salamiah akan merajuk selama dua hari kemudian mereka berbaik semula.

Dalam perkembangan lain, Raja Azmi baru sahaja melancarkan semula novel Black Widow di Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2015 lalu selepas menerima permintaan yang tinggi.
Raja Azmi, Salamiah Hassan

Artikel Lain