suria

Isteri Berpantang, Alif Satar Beraya Di KL

Alif Satar

PETALING JAYA: Penyanyi Alif Satar terpaksa beraya di Kuala Lumpur berikutan isterinya masih lagi dalam proses berpantang selepas melahirkan bayi pertama mereka pada 31 Mei lalu.

Alif atau nama sebenar Muhammad Alif Mohd Satar, 25, berkata, ahli keluarga dan sanak saudara di kampung halamannya di Pulau Pinang sudah bersetuju untuk menyambut Hari Raya di Kuala Lumpur.

"Oleh kerana isteri saya masih dalam pantang jadi saya terpaksa beraya di Kuala Lumpur sahaja.

"Namun, ahli keluarga yang lain akan turun ke Kuala Lumpur untuk menyambut raya di sini pula kali ini," ujarnya.

Dalam pada itu, Alif turut berkongsi perasaan gembira menyambut Syawal dengan kehadiran cahaya mata pertama yang diberi nama Alisha Anugerah.

"Perasaan itu sudah tentu berbeza dan rasa teruja lain seperti raya sebelum ini. Apa yang saya nampak ialah persiapan untuk anak itu lebih daripada diri sendiri.

"Setakat ini persiapan kami suami isteri bersederhana sahaja, mungkin juga nanti hanya menunggu kehadiran orang ke rumah sahaja," ujarnya.

Alif mendirikan rumah tangga dengan Shadila Halid, 31, pada 15 September 2014.

Alif Satar

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain