PETALING JAYA: Saban tahun persada seni pasti tidak lepas meratapi mereka yang pergi buat selama-lamannya. Pastinya segala karya dan hasil lakonan yang mereka tinggalkan tetap kekal menjadi kenangan abadi. Harun Salim Bachik (8 Mac) Pelakon dan pelawak Harun Salim Bachik, 55, meninggal dunia selepas rebah ketika berhenti di kawasan Rehat dan Rawat (R&R) Bukit Merah, Perak arah selatan. Beliau disemadikan di Gombak, Selangor. Hasil perkahwinan terdahulu dengan bekas isterinya, Martina Ahmad, 53, mereka dikurniakan empat orang anak iaitu Syafiq, Daniel, Ikram Al-Rashid dan Ahmad Zikry Al-Rashid. Juwie (dua dari kanan) bergambar bersama teman-temannya di Mina ketika menunaikan ibadah Haji pada 2011. Juwie (4 April) Juwie atau nama sebenarnya Abdul Jalil Saleh, 62, telah disemadikan di Selayang, Selangor. Allahyarham memulakan perkhidmatannya sebagai wartawan di akhbar Berita Harian pada tahun 1974 sebelum menyertai Utusan Malaysia pada 1984. Selain bergelar wartawan, Juwie turut aktif dalam bidang penulisan lirik untuk penyanyi terkenal seperti Datuk Jamal Abdillah, Ramlah Ram, Siti Fairuz, Nassier Wahab, Shidee, kumpulan Gersang, Spring dan May. Antara lirik lagu yang menjadi hit ciptaan beliau ialah Cintaku Hanyut Di Lautan Sepi (Ramlah Ram) Bila Rindu Ku Sebut Namamu (Siti Fairuz), Sampai Hati (Spring), Andainya Aku Pergi Dulu (Alleycats), Masih Aku Terasa (Gersang) dan Meraung (New Boyz) dan Kad Ucapan (Norsheila Amin). Julie Dahlan (kiri) bersama anaknya Hani. Julie Dahlan (30 April) Sepanjang penglibatan seninya, Allahyarham yang juga seorang pelakon dan penerbit telah menerbitkan filem Wira Angkasa (1987), Driving School (1990), Harry Boy (1991) dan Cinta Metropolitan (1996). Samsudin Lamin Samsudin Lamin (1 Julai) Samsudin Lamin terkenal dengan lagu-lagu Melayu asli antaranya Titisan Embun Pagi, Seri Siantan dan Bukit Malawati. Karim Latiff (18 Ogos) Karim atau nama sebenarnya Abdul Karim Abdul Latiff, 78, meninggal dunia di Hospital Kuala Lumpur (HKL) kira-kira pukul 11.30 pagi akibat kanser paru-paru. Berasal dari Rembau, Negeri Sembilan, Karim meninggalkan isteri, Che Asma Hussain dan lima anak iaitu Izuddin Nizam, Izmir, Nur Iznita, Izhar dan Izralfiddin. Seangkatan dengan Seniman Allahyarham Tan Sri P.Ramlee, Karim pernah popular menerusi filem seperti Ahmad Albab, Anak Bapak, Masam-Masam Manis dan Keluarga 69. Allahyarham juga pernah bertugas sebagai pengalih suara di RTM sebelum mengambil keputusan berehat selepas mengalami masalah penglihatan sejak 10 tahun lalu. Yus (kanan) bersama gandingannya iaitu Tauke. Yus Jambu (30 November) Ketika berita pemergiannya tersebar, ramai yang tidak percaya dengan berita yang disebarkan dan menganggap ia sekadar khabar angin. Sebelum dikenali ramai, Allahyarham banyak terlibat dalam persembahan kebudayaan dan teater di Perlis. Nama Allahyarham mula dikenali ketika menjuarai pertandingan Raja Lawak 2007 dan kemudiannya lebih dikenali ketika dengan kumpulan Jambu yang diasaskan bersama-sama Tauke. Mariani Seniwati Mariani (2 Disember) Seniwati Mariani atau Mariam Ismail, 82, meninggal dunia pada pukul 7.32 malam. Allahyarham yang dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam, Jalan Ampang, Kuala Lumpur meninggalkan 13 orang anak hasil tiga perkahwinan dan sejumlah cucu dan cicit. Sepanjang hayatnya, Allahyarham sering menjadi rujukan penggiat seni berkaitan sejarah lama di Studio Jalan Ampas, Singapura. Pemergian kakak kepada biduanita negara Saloma itu akibat kanser usus pada membuatkan seisi industri hiburan tanah air merasakan kehilangannya. Momo Latif Momo Latif (10 Disember) Momo atau nama sebenarnya Momo Makarim, 93, meninggal dunia disebabkan tekanan darah tinggi sehingga memecahkan pembuluh darah ke otaknya. Jenazah Allahyarham dikebumikan di Pusara Abadi You Chu Kang, Singapura. Memulakan karier lakonan pada tahun 1941, Allahyarham dikenali ramai apabila membintangi filem Pendekar Bujang Lapok. Aziz Desa Aziz Desa (27 Disember) Aziz atau nama sebenar Abdul Azid, 50, pernah menjawat sebagai Ketua Pegawai Operasi Kelantan Trade Centre (KTC) selama empat bulan pada 2012 sebelum meninggalkan pusat itu atas faktor kesihatan. Allahyarham yang juga merupakan bekas setiausaha akhbar kepada menteri besar Kedah.