suria

Dangdut Peluang Zizi Jadi Penyanyi Versatil

Zizi ingin menjadi seorang penyanyi versatil.

PETALING JAYA: Bekas anggota kumpulan The Fabulous Cats iaitu Zizi menyifatkan penyertaannya menerusi program Dangdut Star bukan kerana tiada pendirian sebagai penyanyi.

Sebaliknya kata Zizi atau nama sebenarnya Nur Fazelah @ Zizi Mohd. Tahil, 31, dia ingin mencuba genre dangdut kerana ingin mencuba sesuatu yang baharu dalam menjadikan dia seorang penyanyi versatil.

"Benar sebelum ini saya lebih dikenali dengan muzik R&B, rap dan pop tetapi irama dangdut juga adalah salah satu genre yang saya minati.

"Bukan tiada pendirian apabila saya dilihat ingin buat semua benda tetapi inilah usaha saya dalam menjadi seorang penyanyi versatil," katanya kepada mStar Online.

Dangdut Star
sedang bersiaran pada setiap hari Rabu pada pukul 9 malam di Astro Prima dan Mustika HD.

Dalam pada itu, Zizi berkata, meskipun dia sudah lapan tahun berada dalam industri namun dia tidak berasa malu untuk kembali menyertai pertandingan realiti dan bersaing bersama peserta biasa.

Jelas Zizi, ini adalah peluangnya untuk menambah ilmu selain mempelajari selok-belok nyanyian dangdut daripada juri dan peserta lain.

"Saya tidak kisah janji saya daapt menyanyi walaupun saya tiada latar belakang dalam irama dangdut itu bukan alasan untuk tidak mencuba.

"Sepanjang lapan tahun semua genre saya sudah cuba dan penyertaan dalam program ini dapat menjadikan saya lebih baik," jelasnya.

Sementara itu, Zizi berkata, dia tidak tertekan apabila bakal dikritik oleh juri kerana sudah terbiasa dengan keadaan itu sebelum ini menerusi program Akademi Fantasia.

"Kritikan menjadikan kita lebih baik dan saya tidak kisah kerana sudah biasa dikritik sebelum ini," ujarnya.

Zizi, Dangdut Star

Artikel Lain