Aziz, 53, berkata, dia menganggap perkara itu sebagai gurauan semata-mata dan bukan kerana mereka benar-benar keliru antara dirinya dengan penceramah terbabit.
"Saya anggap ia hanya gurauan sahaja dan tidak pun rasa kecil hati atau dipermain-mainkan. Cuma saya kasihan pihak sebelah sana (Azizan) yang menjadi mangsa bahan jenaka itu," ujarnya kepada mStar Online.
Bagaimanapun, Aziz berkata disebabkan isu itu, namanya kembali diingati oleh orang ramai.
"Saya gembira nama saya disebut, ia bermakna mereka masih ingat saya sebagai pengarah filem biarpun saya sudah lama menyepi. Sekurang-kurangnya mereka tahu filem-filem yang saya arahkan sebelum ini," ujarnya.
Antara foto yang dimuat naik oleh Aziz M Osman di laman sosial Instgram miliknya.
Dalam perkembangan lain, Aziz berkata, dia kini dalam proses menghasilkan sebuah filem kerjasama dengan negara Indonesia yang bakal menjalani penggambaran pada Disember depan.Filem tersebut bakal dibintangi oleh Neelofa dan Ashraf Muslim serta beberapa pelakon dari Indonesia.