PETALING JAYA: Pelakon Fattah Amin menjelaskan kontroversi melibatkan isu cintanya ketika ini adalah satu ujian dan secara tak langsung mengujinya menjadikan dia seorang individu yang hebat. Fattah atau nama sebenarnya Abdul Fattah Mohd Amin, 26, berkata setiap selebriti akan melalui fasa ujian yang berbeza dan ketika ini ujian hebat itu dilalui olehnya. "Pada pandangan saya setiap selebriti yang melalui fasa peningkatan akan setiasa diuji. Setiap orang akan melalui ujian berbeza dan waktu ini adalah waktu saya diuji. "Apa-apa pun saya percaya untuk menjadi orang yang hebat dugaannya pasti hebat. Saya mohon semua peminat terus doakan saya terus kuat untuk melalui proses ini," ujarnya kepada mStar Online menerusi mesej secara WhatsApp pada Rabu. SILA KLIK: Pelakon Kacukan Punca Hubungan Neelofa & Fattah Amin Retak Neelofa mengakui hubungan dengan Fattah semakin rumit. Fattah mengulas tentang kontroversi cintanya dengan pelakon Neelofa yang mengaitkan nama orang ketiga iaitu aktres Tania Hudson. Terdahulu, Neelofa mengakui baharu mendapat tahu tentang berita berkenaan dan kesal dengan perkara yang berlaku. Dalam pada itu, Fattah berkata dia enggan mengulas panjang bagi mengelakkan kontroversi berterusan. "Saya mengucapkan terima kasih kepada media yang menyokong saya selama ini. Berkenaan komen balas kenyataan Neelofa itu saya tidak mahu memanjangkan lagi isu ini," ujarnya. Berikut ini kenyataan penuh Fattah Amin Salam Semua, Di kesempatan ini saya nak ucapkan ribuan terima kasih atas sokongan yg terus menerus daripada semua pihak media. Berkenaan permintaan komen balas ke atas kenyataan Neelofa, sejujurnya saya tidak mahu membuat kenyataan untuk memanjangkan lagi isu ini. Pada pandangan saya, setiap selebriti yang melalui fasa peningkatan akan sentiasa diuji. Setiap orang akan melalui ujian yg berbeza dan waktu ini adalah waktu saya diuji. Apa-apa pun saya percaya untuk menjadi orang yg hebat dugaan nya pasti hebat. Saya memohon semua peminat terus mendoakan saya terus kuat untuk melalui proses ini. Untuk perkembangan kerjaya saya yang terkini, saya bakal menghadiahkan sesuatu yang istimewa kepada semua peminat pada awal Januari nanti. Di harap anda semua akan terus menyokong kerjaya seni saya dalam menjadi insan yang lebih baik di masa hadapan. Sekian, Terima Kasih. - Fattah Amin