suria

Siti Saleha & Lutfi Rancang Nikah Lepas Raya

Siti Saleha bakal melangsungkan perkahwinan pada Syawal depan.

PETALING JAYA: Pelakon Siti Saleha berkata dia merancang untuk melangsungkan perkahwinan dengan tunangannya Lutfi Azhar, 31, selepas Hari Raya Aidilfitri depan.

Bagaimanapun, Siti Saleha Baharom, 27, berkata, buat masa ini dia dan Lutfi masih belum mempunyai tarikh sebenar untuk majlis istimewa tersebut.

"Insya-Allah saya akan berkahwin pada tahun ini iaitu selepas raya Aidilfitri tapi belum ada tarikh yang tepat lagi buat masa ini.

"Sebenarnya saya tidak mahu terlalu merancang dan setakat ini belum beli apa-apa lagi. Tema untuk majlis pun saya belum ada, masih mencari-cari.

"Cuma akan ada beberapa majlis yang kami akan adakan," ujarnya kepada mStar Online.

Saleha ditemui pada majlis sidang media 7 Hari Mencintaiku yang di adakan di sini, Rabu.

Siti Saleha bakal melalui hari bahagia bersama Lutfi iaitu sebuah perkahwinan selepas Aidilfitri nanti. Foto Ihsan Instagram SITI SALEHA.
Drama tersebut mendapat 12 juta tontonan ketika ditayangkan di TV3 bulan lalu.

Siti Saleha bertunang dengan Lutfi, seorang pegawai kerajaan pada pada 26 November 2016.

Sementara itu, ditanya tentang dugaan dalam tempoh pertunangan lebih sebulan ini, Saleha berkata, dia sentiasa berfikiran positif dalam melayari alam pertunangan.

"Saya sentiasa positif dan tidak terlalu malayan perkara yang menjejaskan pertunangan. Bergaduh itu biasalah, semua hubungan ada pasang surutnya. 

"Apa yang saya boleh katakan, saya rasa baik-baik sahaja pada ketika ini. Tidak mahu meletakkan tekanan terhadap persiapan perkahwinan itu," ujarnya. 

Ditanya tentang tajaan untuk majlis itu, Saleha berkata, dia ada menerima beberapa tawaran untuk menaja perkahwinannya.

Namun, dia masih belum memikirkan perkara berkenaan. 
Siti Saleha

Artikel Sebelum

Artikel Lain