suria

Syamel & Ernie Juara Duo Star Musim Pertama

BERBALOI... Pasangan Syamel & Ernie berjaya membuktikan kemantapan vokal masing-masing apabila diumum sebagai juara Duo Star musim pertama. Foto SHAARI CHE MAT.

PETALING JAYA: Pasangan duo Syamel dan Ernie menepati ramalam apabila muncul sebagai juara program Duo Star musim pertama.

Kemenangan itu melayakkan mereka memenangi hadiah wang tunai sebanyak RM100,000 berserta trofi.

Mereka menyampaikan dua buah lagu iaitu Balqis nyanyian asal Datuk Siti Nurhaliza dan Lupa Pada Janji (Datuk Jamal Abdillah).

Manakala tempat kedua milik Awi Rafael dan Kaka Azraff dan tempat ketiga dimiliki oleh Haiza dan Aepul.

Persembahan bertenaga Awie Rafael dan Kaka Azraff nyata berbaloi apabila mereka dinobat sebagai pemenang tempat kedua.

Mereka masing-masing membawa pulang hadiah wang tunai berjumlah RM50,000 dan RM25,000 berserta trofi.

Tempat terakhir iaitu Firman dan Ayai turut membawa pulang hadiah wang tunai berjumlah RM10,000 berserta trofi.

Kesemua peserta pada pertandingan akhir itu diadili seratus peratus oleh juri profesional iaitu Datuk Acis, Datuk Hattan dan Adibah Noor.

Pada malam final itu, kesemua peserta membuat persembahan menerusi dua pusingan iaitu bebas dan lagu yang pernah bergelar juara.

Pasangan Haiza dan Aepul membawa pulang hadiah wang tunai RM25,000.

Sementara itu, kesemua finalis pada pertandingan akhir itu bakal tampil dengan single duet terbaharu iaitu Aku Cinta (Syamel & Ernie Zakri), Ada Jalannya (Awi Rafael & Kaka Azraff),  Yakin Aku (Ayai & Firman) dan Jangan Pernah Berdusta (Haiza & Aepul).

Sementara itu penyanyi Siti Nurhaliza, Ayda Jebat dan Faizal Tahir muncul sebagai artis undangan.

Duo Star dihoskan oleh Datuk AC Mizal dan ia disiarkan di saluran Astro Ria 104 dan Ria HD 123.

Rakaman rancangan berkenaan dipertontonkan kepada media dalam satu majlis yang di Bandar Utama di sini serentak dengan penyiarannya di televisyen.

Duo Star, Astro

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain