suria

Adi Putra Sahkan Tiada Kaitan Lagi Dengan Dua Isteri

PETALING JAYA: Tanda tanya mengenai status rumah tangga Adi Putra dengan isterinya terjawab apabila aktor itu mengesahkan dia tidak lagi mempunyai hubungan dengan dua isterinya itu.

Kenyataan Adi itu dibuat kepada pihak media menerusi laman Instagram miliknya pada Khamis.

“Ramai yang bertanyakan tentang status rumah tangga saya, di sini saya ingin nyatakan yang saya tidak ada apa-apa hubungan dan kaitan lagi dengan @aidayusof15 (Aida Yusof)  dan @marmobilespa (Shahida).

Adi Putra berkongsi status hubungannya dengan dua isteri iaitu Aida (kiri) dan Shahida.

“Pada rakan media yang saya hormati saya tidak ada apa-apa statement untuk diberi. Dan beri penghormatan pada Aida dan Shahida agar tidak diganggu. Terima Kasih,” tulisnya.

SILA KLIK: Kemelut Berpanjangan, Adi Putra Fail Cerai Terhadap Aida

Terdahulu Adi atau nama sebenarnya Mohamed Hadi Putera Halim, 36, dilaporkan memfailkan perceraiannya terhadap Aida atau nama sebenarnya Zuhaidah Yusof, 42, di Mahkamah Rendah Syariah Kuala Lumpur pada 3 Mac lalu.

Mereka berkahwin pada 14 April 2006 dan tidak dikurnaiakan cahaya mata sebaliknya mempunyai seorang anak angkat Zara Adelia yang kini berusia lima tahun.

Adi kemudiannya berpoligami selepas menikahi Norshahida Dzolkifly, 33, pada 20 Jun 2016.

Aida pula sebelum ini pernah berkahwin dengan penyanyi Zul (Handy Black).

Dalam pada itu kes permohonan cerai yang buat Adi akan disebut di Mahkamah Rendah Syariah Kuala Lumpur pada 31 Mac ini, pukul 9 pagi.

Adi Putra

Artikel Lain