suria

Anis Al Idrus Nikah Mohd Rafzan Julai Depan

Anis bersama bakal suaminya Mohd Rafzan.

PETALING JAYA: Selepas dua kali gagal dalam percintaannya dengan selebriti, aktres Anis Al-Idrus akhirnya mengumumkan bakal berkahwin dengan Mohd Rafzan Nurhikmal Abdul Halim pada Julai depan.

Anis, 29, berkata, perkenalan mereka sejak Januari lalu telah memberi keyakinan kepadanya menerima lamaran dan menjadi suri hati lelaki berusia 35 tahun itu.

Anis atau Sharifah Anis Syed Zainal berkata, mereka sudah mengikat tali pertunangan pada Mac lalu dalam sebuah majlis sederhana.

"Alhamdulillah, akhirnya saya ditemukan jodoh dengan lelaki yang menerima saya seadanya. Insya-Allah kami memilih Julai ini untuk diijabkabulkan. Pada Isnin ini saya akan umumkan tarikh sebenar majlis istimewa itu.

"Kami sudah bertunang pada Mac lalu dalam sebuah majlis yang dihadiri keluarga terdekat sahaja," ujarnya kepada mStar Online.

Dalam pada itu, ditanya tentang keputusannya untuk menamatkan zaman solo, Anis berkata, lelaki tersebut bersifat matang dan berjaya membuka hatinya untuk berkahwin.

"Saya selesa mengatakan ia adalah takdir pertemuan yang sudah ditentukan Allah. Namun kematangan dan penerimaannya terhadap diri saya yang membuatkan perjalanan hubungan ini lebih mudah," ujarnya.

Selain itu, Anis berkata, dia akan mengulas lanjut tentang perancangan majlis perkahwinannya dalam sebuah majlis sidang media yang bakal diadakan pada 23 Mei ini.

Anis dan Mohd Rafzan yang berasal daripada Perlis itu mula rapat pada Januari lalu selepas dikenalkan oleh rakan baiknya yang juga adik kepada pemuda itu.

Sebelum ini Anis pernah bercinta dengan Sharnaaz Ahmad dan Raja Afiq.

 

Anis Al Idrus

Artikel Lain