PETALING JAYA: Pelakon Ayu Raudhah selamat melahirkan cahaya mata ketiganya pada pukul 10.52 pagi Isnin di Pusat Perubatan Prince Court, Kuala Lumpur. Lebih menggembirakan isteri kepada pemain bola sepak Perak, Mohd Zaquan Adha Abd. Radzak itu menimang cahaya mata perempuan. Pasangan itu mempunyai dua anak lelaki iaitu Muhammad Aisy Qaiser, 4 dan Muhammad Aisy Aryann, 3. Berita itu dimaklumkan oleh Mohd Zaquan menerusi Instagram miliknya. Zaquan memuat naik gambar anak perempuannya di Instagram. "Alhamdulillah dengan izin Allah, isteri saya selamat melahirkan bayi perempuan pada pukul 10.52 pagi tadi. "Syukur padaMu Ya Allah," tulisnya yang turut memuat naik gambar anak perempuannya di Instagram. Sebelum ini, Ayu dalam satu temubual bersama mStar Online memberitahu impiannya untuk menimang cahaya mata perempuan akhirnya dimakbulkan tuhan. Ayu dan Mohd Zaquan berkahwin pada 2011.