suria

OOTD KJ 'Jangkit' Fattah Amin Pulak!

Foto raya pertama Fattah Amin yang baru dimuatnaik pada raya ketiga.

HAA... Siapa kata pengaruh pak menteri tak boleh lawan populariti artis!

Buktinya, pelakon popular Fattah Amin pun dah mula berjangkit meniru kapsyen 'selamba' yang pernah diguna pakai Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin menerusi posting Instagram Stories beliau yang menjadi tular di media sosial sejak Isnin.

Fattah menerusi dua gambar raya yang dimuatnaik di laman instagramnya pada Selasa mencuri perhatian netizen gara-gara kapsyen tersebut.

Menerusi gambar pertama, Fatah lengkap berbaju Melayu biru gelap dari koleksi Far8Xelrah By Fattah Amin sedang berswafoto di laman rumah kampungnya di Bagan Datoh, Perak menulis kapsyen berbunyi:

Fattah beraya di Bagan Datoh, Perak bersama keluarga tercinta.

@fattahaminz: Sebab semua orang belanja selfie raya 1st day raya, saya belanja 3rd raya #teamrayaperak # far8xelrahbyfattahamin #ootdrayabtfattahamin

Manakala sekeping lagi gambar yang dimuatnaik dirakam bersama ahli keluarga ditulis dengan kapsyen berikut:

@fattahaminz: Sebab semua orang belanja gambar ready tengok camera, saya nak belanja gambar tak ready tengok camera #firstdayraya #myhappyfamily #teamrayaperak #ootdrayabyfattahamin

Terdahulu, Khairy atau KJ yang terkenal dengan jiwanya yang sentiasa dekat dengan golongan belia memuatnaik dua gambar lengkap berbaju Melayu berona biru lembut dengan kapsyen yang cukup bersahaja namun mampu membuatkan ramai tersenyum apabila membacanya.

Kapsyen KJ pada foto yang dimuatnaik di instagram stories beliau disifatkan begitu dekat dengan jiwa belia.

@Khairykj: Ramai upload gambar berdiri tengah jalan, so apa lagi?

@Khairykj: Ramai yang upload gambar OOTD tak pandang camera, so apa lagi?

OOTD atau Outfit of the day adalah istilah yang digunakan oleh pengguna laman sosial untuk pakaian yang dipakai pada hari berkenaan.

Fattah Amin, KJ

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain