suria

Saleem Dah Boleh Buat ‘Show’

Saleem akan kembali membuat persembahan pada Sabtu ini.

SELEPAS beberapa minggu menjadi 'tetamu' hospital, penyanyi  Saleem (Iklim) akhirnya sembuh dari penyakitnya dan sudah boleh membuat persembahan yang dijangkakan pada bulan depan.

Isterinya Juriah Bachok berkata keadaan suaminya kini boleh dikatakan sudah 90 peratus pulih dan buat masa ini, Saleem hanya berehat di rumah sejak dibenarkan pulang pada dua minggu lalu dari Pusat Pakar Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Cheras, Kuala Lumpur.

"Dia akan memulakan persembahan semula pada 5 Ogos ini di Rawang, Selangor sempena Hari Koperasi. Boleh dikatakan keadaan Saleem sudah pulih hampir 90 peratus. Alhamdulillah, dia dah boleh makan dan minum seperti biasa cuma nak bercakap tu susah sikit.

Saleem sentiasa ditemani isterinya, Julia semasa di hospital.

"Tekak masih sakit sebab telan ubat-ubatan banyak sangat. Dalam persembahan di Rawang nanti paling banyak Saleem akan nyanyi tiga buah lagu sahaja," kata Julia ketika dihubungi mStar Online.

Dalam pada itu katanya, Saleem atau nama sebenarnya A M Salim Abdul Majeed, 55, masih dalam pemantauan doktor dan perlu menjalani rawatan susulan ketumbuhan di bahagian bawah perut dan peha selama dua minggu di hospital berkenaan.

Menurut Julia, jika ketumbuhan tersebut tidak boleh hilang dengan makan ubat, Saleem perlu melakukan pembedahan.

"Buat masa ini Saleem masih bergantung pada ubat-ubatannya. Bermula hari ini (Rabu), Saleem perlu pergi ke hospital bagi rawatan susulan selama dua minggu.

"Jika dalam tempoh tersebut ketumbuhan yang dialami tidak dapat sembuh dengan ubat, dia kena melakukan pembedahan," ujarnya.

Saleem dimasukkan ke PPUM pada 4 Julai lalu akibat demam panas hampir sebulan. 

Saleem Iklim, Mus May

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain