SELEPAS kejayaan beberapa siri konsert jelajahnya, kali ini Suria FM bakal meneruskan acara serupa dengan memilih Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC) bagi menghiburkan orang ramai. Konsert yang akan diadakan pada Sabtu ini membariskan antaranya Datuk Ramli Sarip, Amy (Search), Forteen, Wany Hasrita, Indah Ruhaila, Amy Mastura, Zarul Husin dan Izzue Islam. Pemangku Pengurus Program Suria FM, Deejay Lin berkata, dalam siri jelajah ini orang ramai bukan sahaja dapat merapatkan diri dengan penyampai radio itu sebaliknya diberi peluang menyertai permainan yang menyediakan pelbagai hadiah misteri. Penyampai segmen Suria Pagi dari kiri Fizi Ali, Shahrol dan Zulin Aziz. “Penganjuran Jelajah Suria 10 Tahun ini adalah sebagai hadiah ulang tahun ke-10 Suria pada tahun ini. Jelajah ini juga adalah tanda penghargaan kepada pendengar-pendengar setia kami di seluruh negeri atas sokongan tanpa henti terhadap Suria,” katanya. Tambah Lin, pihaknya juga akan memperkenalkan barisan penyampai radio mereka agar dapat mendekatan diri dengan pendengar seperti Shahrol, Fizi Ali, Zulin Aziz, Brian, Bob Ringgo, Tyzo dan Suraya. Katanya, bagi orang ramai yang tidak dapat mengikuti konsert ini, pihak Suria FM turut memperkemaskan platform digital dengan menyiarkannya secara ‘live streaming’ menerusi www.suria.my dan Facebook @SuriaMalaysia. Ia akan bermula pada pukul 8.30 malam.