Awang di HKL PETALING JAYA: Gitaris kumpulan Bumiputra Rockers (BPR) iaitu Awang dimasukkan ke Unit Rawatan Koronari (CCU) Hospital Kuala Lumpur (HKL) selepas mengadu sakit dada kira-kira pukul 10 malam Ahad lalu. Awang atau nama sebenarnya Norzaini Mohammad, 54, bagaimanapun stabil, namun masih lagi dalam pemantauan doktor. Rockers itu dijangka akan dipindahkan ke wad biasa dalam masa terdekat jika keadaannya semakin baik. Dalam pada itu Awang meminta agar keadaan kesihatannya tidak diperbesarkan kerana bimbang menimbulkan kerisauan peminat. Dia cuma berharap orang ramai mendoakan supaya dia kembali pulih seperti biasa.