suria

Luahan Hati Neelofa Curi Perhatian Peminat

Neelofa terharu dengan sokongan peminat yang sanggup datang dari dekat dan jauh semata-mata ingin bertemu dengannya.

LUAHAN perasaan yang menyentuh hati Neelofa berhubung penglibatannya sebagai hos program MeleTOP di Instagram pada malam Selasa mengundang perhatian peminat pelakon dan pengacara terkenal itu.

Mana tidaknya, ramai menyangka Neelofa tampil dengan coretan itu seolah-olah memberi bayangan dia akan meninggalkan program itu selepas lima tahun bertindak sebagai hos disamping pelawak, Nabil Ahmad.

Neelofa dalam status tersebut memberitahu sepanjang lima tahun lalu, dia bertuah dapat menjadi ahli keluarga besar MeleTOP dan rancangan itu akan sentiasa berada di dalam hatinya.

"Lima tahun bersama progrm itu dan saya membesar bersama MeleTOP (saya mula mengacara program itu ketika berusia 23 tahun) di tambah dengan krew yang terbaik dan tidak ketinggalan rakan pengacara, Nabil yang banyak saya kutip ilmu daripadanya.

"Saya cukup bertuah dapat menjadi hos sebuah program dengan rating tertinggi dan paling lama bertahan dalam industri.

#MeleTOP , this is my pitstop every Tuesday, for the past 5 years, where i have met people from all walks of life, from celebrities to politicians to sportsmen, where they have shared their experiences and views with the audience and most importantly, where all my fans, from near and far have come to see me in person. 5 years with the show, i basically grow up with @Meletop ( i started hosting the show when i was only 23 ? ), with the fantastic team and my forever crazy co-host Nabil I have learnt so many things. I feel very lucky and blessed to be able to host one of the highest rated and longest running weekly shows in the this industry! #MeleTOP will always have a special, special spot in my heart because this studio will always feel like home. ❤

A post shared by Noor Neelofa Mohd Noor (@neelofa) on

"MeleTOP akan sentiasa ada tempat di hati saya dan studio ini membuatkan saya rasa seperti di rumah sendiri," tulisnya.

Malah Neelofa memberitahu dia juga terharu apabila setiap minggu peminat dari dekat dan jauh sanggup datang ke studio hanya semata-mata untuk bertemu dengannya.

"Di sinilah saya berpeluang bertemu orang ramai dari pelbagai latar belakang termasuk selebriti, ahli politik dan atlet di mana mereka berkongsi pengalaman dan pandangan bersama penonton.

"Lebih penting semua peminat saya dari dekat atau pun jauh datang untuk berjumpa dengan saya," ujarnya.

Sementara itu, rata-rata peminat yang menyangka Neelofa akan meninggalkan program itu meminta agar pelakon drama Suri Hati Mr. Pilot terus kekal bersama MeleTOP.

Ini kerana kata mereka, MeleTOP tidak akan sama tanpa kehadirannya kerana Neelofa sudah sinonim dengan rancangan tersebut.

"Harap-harap Neelofa akan terus bersama MeleTOP dan tulisan ini bukannya ucapan selamat tinggal.

Antara kenangan bersama Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin yang hadir ke studio MeleTOP.

"MeleTOP tidak akan sama tanpa Neelofa," tulis peminat di ruang komen di Instagramnya.

Bagaimanapun rata-rata menunjukkan sokongan padu terhadap artis kesayangan mereka itu dan akan sentiasa memberi sokongan tidak kira apa juga keputusannya.

"Kami akan terus menyokong anda tidak kira apa juga yang berlaku dan kami sayangkan anda dan akan setia menjadi tulang belakang anda.

"Rancangan kegemaran saya setiap malam Selasa, hanya kerana Neelofa. Teruskan bersikap rendah diri dan terus memberi inspirasi kepada peminat.

"Semoga Neelofa diberikan kesihatan yang baik, kebahagiaan dan berkat dalam kehidupan," tulis peminat lagi.

Neelofa, MeleTOP

Artikel Lain