suria

Bankrap: Shaheizy Sam Janji Tak Ambil Mudah

Shaheizy Sam enggan membuka mulut isunya dengan LHDN. FOTO: ROHAIZAT MD DARUS

PELAKON Shaheizy Sam berkata, insiden dia dilaporkan bankrap menerusi satu perintah mahkamah Ogos lalu membuka matanya untuk lebih peka terhadap perkara melibatkan pembayaran cukai. 

Katanya, perkara itu ia telah membuka matanya untuk lebih peka agar tidak mengambil mudah apa-apa perkara membabitkan cukai pendapatan. 

"Pada awalnya saya terkejut apabila nama saya muncul dalam notis muflis kerana saya langsung tidak mengetahui apa-apa mengenainya. 

"Tetapi apabila melihat kembali kejadian ini meninggalkan hikmah besar terutamanya dalam membuka mata saya untuk lebih mengambil berat dan berhati-hati tentang isu melibatkan LHDN," katanya.

LHDN Enggan Berbalah, Shaheizy Sam Sila Hadir!

Sam ditemui pada majlis pelancaran filem Pinjamkan Hatiku yang diadakan di The Gardens, Kuala Lumpur, Selasa.

Shaheizy Sam. 

Filem yang akan ditayangkan pada 30 November depan turut menggandingkannya dengan Farid Kamil dan Ayda Jebat. 

Bagaimanapun kata Sam, dia tidak boleh mengulas lanjut mengenai perkara itu memandangkan ia sedang diuruskan oleh ejen yang dilantik bagi berurusan dengan pihak Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN). 

"Pihak saya sedang berbincang dengan LHDN mengenai perkara itu untuk diselesaikan dan selebihnya saya tidak boleh mengulas lanjut. 

"Bagaimanapun saya tidak salahkan sesiapa dalam hal ini kerana kejadian ini ada hikmahnya. 

"Mungkin juga ada salah saya yang tidak saya sedari dan saya akan jelaskan semuanya nanti," katanya. 

Mahkamah Tinggi Shah Alam menetapkan sehingga 15 Februari tahun depan untuk LHDN memfailkan petisyen pemiutang bagi meneruskan prosiding kes bankrap ke atas Shaheizy. 

LHDN sebelum ini berkata, tindakan mereka mengiklankan notis kebankrapan Shaheizy dalam akhbar dibuat mengikut prosedur ditetapkan.

Shaheizy Sam

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain