suria

Fynn Jamal Kongsi Imej Bayi Kedua

Fynn Jamal dan suami, Tri Hadzir bersama anak lelaki mereka Bakti Arjuna Fitri. Foto Instagram @fynnjamal

TINDAKAN Fynn Jamal memuat naik gambar imbasan ultra bunyi seorang bayi menyebabkan penyanyi itu menerima pelbagai ucapan tahniah kerana menyangka dia sedang berbadan dua.

Fynn atau Affina Yanti Jamalludin, 34, menjelaskan dia tidak hamil sebaliknya mendedahkan bayi dalam imbasan itu bakal anak angkat keduanya.

"Adoption (anak angkat). Bukan aku yang mengandung. Minta doa sekalian untuk dipermudahkan dan semoga lancar.

"Antara hujung Oktober atau awal November ini, Juna (Arjuna) akan dapat adik perempuan," tulisnya.

Perkongsian Fynn mengenai anak angkat keduanya mendapat perhatian pengikutnya di Instagram.

Dalam pada itu, Fynn berkata, dia sudah tidak sabar menantikan kelahiran anak kedua itu dan berharap kehadirannya nanti akan memeriahkan lagi keluarganya.

Malah dia berdoa agar anak lelakinya, Bakti Arjuna Fitri, 5, yang juga anak angkat dan bayi perempuannya itu akan sentiasa bersama untuk menjaga antara satu sama lain.

"Minta-minta apabila Mummy dan Daddy dah tak ada, sentiasa mereka berdua berpimpinan. Amin.

"Lekas sampai, adik. Mummy, Daddy dan Abang Long tak sabar dah ni," katanya.

Sementara itu, Fynn berkata, dia pada awalnya belum bersedia untuk berkongsi berita gembira itu kepada umum kerana bimbang perancangan itu tidak diizinkan Allah.

Fynn tak sabar menanti kelahiran anak keduanya.

Bagaimanapun dia membuat keputusan mengumumkan perkara itu bersempena sambutan hari jadi suaminya, Tri Hadzir baru-baru ini.

"Kami menyimpan berita ini sudah agak lama sebab yelah masih belum ada apa-apa jaminan apabila melibatkan pengambilan anak angkat.

"Bukan aku yang mengandung tak berani dedahkan berita ini selagi belum masa. Kebarangkalian tak jadi itu ada, emak dia batalkan ke, hati aku tak sedap ke. Semua Allah punya kerja.

"Tetapi it is daddy's birthday dan rasanya masanya sesuai dah ni, Insya-Allah," tulisnya.

Fynn Jamal

Artikel Sebelum

Artikel Lain