suria

Dah ‘Booking’ Bilik Tak Ada - Yatt

Yatt meluahkan rasa kecewa di Instagram kerana tempahan bilik hotelnya dibatalkan pada saat-saat akhir.

PELAKON Yatt Hamzah berang apabila tempahan dilakukannya untuk sebuah bilik hotel di Port Dickson, Negeri Sembilan telah dibatalkan tanpa pengetahuannya.

Yatt atau nama sebenar Haryati meluahkan rasa kecewa tersebut menerusi satu status di Instagram miliknya @yatthamzah_suci.

Menurut pelakon berusia 37 tahun ini, dia membuat tempahan bilik tersebut menerusi laman aplikasi tempahan dalam talian.

Yatt gemar meluangkan masa bercuti bersama keluarga.

Bagaimanapun, ketika ingin mendaftar masuk, dia dimaklumkan oleh petugas hotel bahawa bilik yang ditempah telah dibatalkan oleh pengendali aplikasi tersebut.

"Saya dah booking seminggu awal tapi bila nak daftar masuk petugas hotel beritahu tempahan bilik kami telah dibatalkan.

"Kami semua terkejut sebab baru tahu mengenai pembatalan tersebut, sedangkan saya tidak berbuat demikian.

"Lebih malang, tiada bilik kosong untuk membuat tempahan baru dan staf hotel turut tidak memberi kerjasama dalam menyelesaikan masalah ini," tulisnya di Instagram.

Yatt turut menunjukkan bukti paparan skrin mengenai tempahan yang telah dilakukan pada 23 September lalu.

Foto tersebut menunjukkan Yatt sudah membuat pengesahan untuk menginap di hotel tersebut, malah dia memilih untuk membuat bayaran semasa mendaftar masuk.

"Selepas pengesahan di laman tersebut, saya nak buat bayaran secara online tapi aplikasi tersebut meminta saya membayar semasa mendaftar masuk.

"Tak sangka pula jadi begini. Iyalah, famili dan anak-anak semua dah bersemangat nak bercuti, mujurlah kami jumpa bilik lain sebagai ganti untuk bermalam," katanya.

BOOKING.COM CANCELLED HOTEL BOOKING KAMI YANG DAH CONFIRMED?? . Dah CONFIRMED booking 2 bilik utk 30 Sept - 1 Okt di hotel 4 star ni seminggu awal, nak buat bayaran online transfer tapi BOOKING.COM KATA TAK PAYAH BAYAR ON THE SPOT, BAYAR KAT HOTEL TU MASA CHECK IN SEBAB HOTEL TU YANG AKAN HANDLE PAYMENT, pada hari kejadian dah siap masak awal2 pagi utk bekalan picnic, dah pack barang2 nak bercuti dengan keluarga dan sahabat baik @yatiekarim serta keluarganya juga, dah sampai ke hotel dan dah loading semua barang2 & luggage di lobi hotel, dah berdiri di reception counter utk check in dengan tunjukkan online booking confirmation macam biasa, anak2 dah tak sabar2 nak naik bilik dan salin baju mandi sebab nak picnic di pantai, muka masing2 dah mood vacation riang ceria..?? . Alih2...receptionist hotel tu kata BOOKING.COM DAH CANCELLED HOTEL BOOKING KAMI PADA HARI YG SAMA KAMI BOOKED HOTEL AVILLION ADMIRAL COVE NI! TERKEJUT GILA KAMI SEMUA!! SO, KAMI TIADA BILIK YG DITEMPAH, DAN TIADA BILIK KOSONG LANGSUNG UTK BUAT TEMPAHAN BARU! DAN STAFF HOTEL PUN TIADA KERJASAMA SANGAT UTK PASTIKAN BETUL2 BOOKING KAMI. Ya Allah, Sabar jelah.. PADAHAL TELAH CONFIRMED PADA 23 SEPTEMBER 2017 SIAP KAMI SCREEN SHOT BUKTINYA!?Kesian kat anak2 muka semua hampa?? . Dahlah weekends, nak cari hotel yg lain last minit2 ni, punyalah susah. Akhirnya dapatlah hotel yang ala2 cukup makan, bukan pilihan hati kami tapi oklah daripada takde..Alhamdulillah jugaklah ada bilik kosong?Memang dugaan betul percutian kali ni! . SIAPA PERNAH KENA KENSEL BOOKING mcm apa yang kami alami ni? . Wahai BOOKING.COM , mohon pencerahan apa yang berlaku? . #dah2kalijadibegini #duluiklanbiliklaindapatbiliklain #kalinilangsungtakdapatbiliklepaskenakenseltanpasebab #harapbertaubatdanberhijrah ???? #kesianlahpadapelanggan #mohonsiasatya #fromtheheartofamujahidah #darihatiseorangmujahidah

A post shared by www.fb.com/YATT.HARYATIHAMZAH (@yatthamzah_suci) on

Foto yang di muat naik tersebut turut mendapat perhatian pengikut yang berkongsi masalah yang sama.

"Saya pun baru kena hari Sabtu lalu. Tempahan homestay di Putrajaya, masa nak check in, dah ada orang duduk semalaman, telefon yang berkenaan, mereka tak dapat nak semak tempahan kami," tulis @_nurulfitriahsapian.

"Saya pun pernah kena, menempah bilik di Indonesia, tiada deposit dan tiba-tiba dapat emel mengatakan telah dibatalkan," luah pemilik akaun @mladyhike pula.

Yatt Hamzah

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain