suria

Nastia, Lagu Popular Orangnya Tidak

Nastia tidak kisah jika lagunya lebih dikenali berbanding nama kumpulannya sendiri. Foto Instagram: @nastiamusic

KUMPULAN Nastia tidak merasakan satu masalah seandainya lagu mereka lebih dikenali berbanding nama kumpulan itu sendiri.

Menurut vokalisnya, Leo Azman, mereka tidak berkecil hati jika peminat hanya mengetahui tentang lagu dan bukannya grup mereka.

"Sejujurnya, kami tak kisah lagu Rapuh popular tapi orang tak kenal band ini. Bagi kami biarlah orang biasakan diri dengan muzik kami terlebih dahulu.

"Kami berada dalam industri ini bukan sebab nak popular semata-mata, tetapi ini adalah passion dan minat kami sejak dahulu lagi.

"Kalau orang tak kenal kami tak apalah, dapat dengar lagu kami disiarkan di radio dan menjadi siulan pendengar pun sudah memadai," katanya kepada mStar Online.


Nastia dan Aizat Amdan menghiburkan peminat di Pulau Langkawi, baru-baru ini.

Nastia ditemui di program Jom Bercuti bersama Nastia dan Aizat Amdan di Hotel Fragipani Langkawi Resort And Spa Pulau Langkawi, Kedah baru-baru ini.

Selain Leo Azman, kumpulan ini turut dianggotai oleh Rudy Iskandar (gitar), Zack Zainal (piano) dan Adzim Shafi (bes).

Single tebaharu mereka berjuduh Rapuh mendapat sambutan pendengar dan telah ditonton lebih 1.7 juta di laman YouTube.

Sementara itu, Nastia tidak menyangka lagu tersebut mendapat sambutan hangat setelah hampir enam tahun terbabit dalam industri muzik.

Pengarah Urtusan Warner Music, Darren Choy (dua dari kiri) bersama kumpulan Nastia.

"Sebenarnya, Nastia sudah berada dalam industri muzik sejak tahun 2011 dan tahun ini kami mula bergerak secara mainstream.

"Lagu ini mula dikenali apabila ia menjadi runut bunyi untuk drama Papa Ricky yang bersiaran di Astro dan saya akui ia sedikit sebanyak membantu menaikkan lagu tersebut," katanya.

Lagu Rapuh merupakan hasil ciptaan Rudy, Azman, Faizal Tahir, Ezra Kong dan Mike Chong. 

Ia diterbitkan oleh syarikat rakaman Warner Music Malaysia.

Nastia

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain