suria

Sissy Iman Harap ‘Jatuh’

Sissy masih bergerak aktif dalam bidang nyanyian biarpun jarang kelihatan di acara hiburan. Foto Instagram: @sissyimann.

PENYANYI Sissy Imann masih serius dalam bidang nyanyian biarpun jarang kelihatan di televisyen.

Sissy atau nama sebenarnya Imann Mohammad Kamil, 21, berkata dia kini lebih aktif bekerja di belakang tabir menyebabkan dirinya dikatakan hilang.

Malah, dia berharap dengan melancarkan lagu terbaharu berjudul Jatuh dapat membuktikan kewujudannya dalam industri muzik.

“Mungkin ramai menyangka saya sudah menyepi. Hakikatnya saya aktif di belakang tabir.

Sissy melancarkan single terbarunya, Jatuh di Mini Showcase Jubli Perak pada Isnin. 

“Mudah-mudahan Jatuh dapat membuka mata peminat dan pengikut industri yang saya masih ada serta serius dalam bidang nyanyian,” kata Sissy kepada mStar Online.

Menurut Sissy lagi, sebelum ini dia terlalu sibuk menjalani latihan industri selama tiga bulan sebagai guru muzik di Sekolah Rendah Taman Midah 1, Kuala Lumpur.

"Sebelum ini jadual saya terlalu sibuk sebab menjalani sesi praktikal selama tiga bulan.

"Saya mengajar subjek muzik di sekolah rendah. Tambahan pula, saya kena siapkan tesis lagi.

"Disebabkan itu aktiviti seni terpaksa dilimitkan tapi masih berterusan," ujarnya.

Sissy merupakan pelajar tahun akhir jurusan Sarjana Pendidikan Muzik di Institut Pendidikan Guru Kampus Ilmu Khas, Kuala Lumpur.

Terdahulu video Sissy menyanyikan semula lagu Datuk Seri Vida berjudul I Am Me yang dimuat naik di laman Instagramnya menjadi tular.

Bahkan, pengasas produk Pamoga itu juga berkongsi video tersebut dan beliau memuji cara nyanyian Sissy.

Sissy Imann

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain