suria

Idris Khan Pilih Januari Nikah Wanita Maghribi

Idris Khan bakal melangsungkan perkahwinan dengan gadis pilihannya pada Januari ini. Foto LOW BOON TAT

PUTRAJAYA: Pelakon Idris Khan telah menetapkan tarikh pernikahannya dengan Sanaa Jeljalane pada 20 Januari 2018. 

Idris atau nama sebenarnya Idris Khan Abdul Ghaffar Khan, 29, berkata  majlis tersebut hanya akan diadakan di Kuala Lumpur namun  dia masih mencari lokasi yang bersesuaian. 

“Saya dah ada tarikh untuk majlis pernikahan saya dan kekasih yang akan diadakan pada 20 Januari tahun hadapan. 

“Majlis hanya akan diadakan di Kuala Lumpur sahaja. Tidak akan ada majlis di Magribi. Cuma buat masa ini lokasi belum ada.

Idris dan teman wanitanya, Sanaa Jeljalane. Foto Instagram @theidriskhan

“Saya ada beberapa lokasi yang sudah difikirkan tapi tak tahu lagi nak pilih yang mana,” kata Idris kepada mStar Online.

Dia ditemui ketika majlis pelancaran pembukaan cawangan baru Idealyst Medispa di Ayer@8, Putrajaya pada Rabu. 

Idris dan wanita berasal dari Maghribi berusia 26 tahun itu membuat keputusan untuk berumahtangga selepas hampir dua tahun menjalinkan hubungan cinta. 

Kata Idris lagi, dia berasa tenang biarpun perlu membuat banyak persiapan perkahwinan memandangkan bakal isterinya bukan orang Malaysia.

Idris dan Sanaa sudah dua tahun menjalinkan hubungan cinta.

 Menurutnya, dia dan Sanaa akan menetap di Kuala Lumpur selepas berkahwin dan akan memulakan perniagaan pertanian di sini. 

“Saya rasa tenang sahaja tapi banyak persiapan yang belum dilakukan memandangkan dia bukan orang Malaysia. 

“Kami nak kena uruskan banyak dokument penting dari sana. Insya-Allah selepas kahwin dia akan menetap di sini. 

“Selain itu juga, saya akan memulakan perniagaan menanam jagung bijian pada tahun hadapan di tanah kerajaan,” katanya.

Idris Khan

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain