suria

Reen Rahim Tolak Cinta Suami Orang

Reen tidak mahu terpalit gosip bercinta dengan suami orang. Foto: THE STAR/ CHAN TAK KONG

PELAKON Reen Rahim tetap dengan pendirian untuk tidak menerima lamaran lelaki berstatus suami orang sebagai teman hidup.

Reen, 29, berkata dia tidak mahu timbul sebarang isu berbangkit di kemudian hari kerana perlu bermadu kasih.

"Saya tidak akan sesekali menerima lamaran suami orang dan rasanya lelaki bujang pun ramai lagi dekat luar sana.

"Tak mahu lah nanti timbul isu atau masalah lain membabitkan isteri lelaki tersebut. Saya pun wanita dan faham perasaan mereka.

"Sebolehnya minta dijauhkan dengan suami orang, bukan menolak jodoh tapi tapi itu prinsip saya," katanya kepada mStar Online.

Reen lebih selesa berbicara tentang kerjaya berbanding cinta.

Reen ditemui pada tayangan perdana filem Rempit Sampai Langit di MM Cineplexes eCurve di Petaling Jaya, Selangor pada Selasa.

Selain Reen, filem tersebut turut dibintangi oleh Ajak Shiro, Nabila Huda, Cristina Suzanne dan Tauke Jambu.

Dalam pada itu, Reen memaklumkan dia lebih selesa berbicara mengenai kerjaya berbanding peribadi.

Pelakon drama Tauke Jamu ini berkata, dia tidak gemar berkongsi kisah cinta kerana tidak mahu masyarakat menganggap dirinya mengejar publisiti dengan cerita sedemikian.

"Soal peribadi... kalau orang luar nak menghakimi saya terpulanglah, tapi saya tahu masih ramai yang menyayangi saya.

"Sebagai wanita siapa yang tidak mahu berkahwin tetapi buat masa sekarang biarlah saya fokus kepada karier lakonan terlebih dahulu," katanya.

Menyentuh mengenai lakonannya dalam filem Rempit Sampai Langit, Reen teruja memegang watak sebagai seorang anggota polis.

Barisan pelakon filem Rempit Sampai Langit bergambar ketika tayangan perdana baru-baru ini.

Pemilik nama sebenar Noreen Ashikin ini mengakui karakter tersebut agak mencabar untuk dirinya memandangkan dia tidak pernah membawakan watak anggota beruniform itu.

"Selama saya berlakon tak pernah bawa watak sebagai inspektor polis, jadi penjenayah pernahlah!

"Karakter saya dalam filem ini tidaklah terlalu sukar, namun agak mencabar kerana saya masih baru dalam bidang ini.

"Penggambaran sekitar tahun 2015, semasa itu pengalaman berlakon tak banyak lagi. Bagaimanapun, saya seronok berlakon dalam filem ini," ujarnya.

Filem Rempit Sampai Langit arahan pengarah Silver diterbitkan oleh Suhan Movies dan bakal ditayangkan dipawagam bermula 23 November ini.

Reen Rahim

Artikel Sebelum

Sherry Alhadad Pernah Putus Asa

Artikel Berikut

Artikel Lain