PENYANYI Datuk Seri Siti Nurhaliza pertama kali memuat naik rakaman memperlihatkan imbasan bayi dalam kandungannya di laman Instagram. Menerusi posting tersebut, Siti teruja berkongsi perkembangan terkini bayinya yang masih belum didedahkan jantina. "Alololo... Sopannya anak ibu. Macam siapa?," tulis Siti. Siti dan Datuk K mengimpikan cahaya mata perempuan. Rakaman yang dimuat naik pada pagi Ahad itu mencuri perhatian netizen yang rata-ratanya tidak sabar untuk melihat wajah bayi yang bakal dilahirkan pada Mac tahun hadapan. "Anugerah terindah, sekarang dah macam-macam teknologi ada 3D, 4D. Kalau dulu scan nampk hitam je," komen yuyuielzahra. "Alhamdulilah, semoga kedua ibu dan anak dalam kandungan sihat dan dipermudahkan segala urusan sehingga selamat melahirkan kelak," kata mizloneliie pula. Video tersebut telah mendapat hampir 200,000 jumlah tontonan setelah dimuat naik kira-kira satu jam. Dalam pada itu, ada netizen yang meninggalkan komen mendengar perbualan dalam video tersebut menyatakan penyanyi lagu Segala Perasaan ini bakal menimang cahaya mata perempuan. Siti dan Datuk K semasa majlis perkahwinan Adib dan Izara Aishah baru-baru ini. "Dengar doktor sebut princess.. Baby girl really shy n sopan looks like her mummy," kata irisnurjulia. "Macam doktor sebut princess ja tu? ke saya salah dengar semoga benar DS @ctdk akan dapat baby girl... Amin," komen pemilik akaun ida_joe77. Siti mengumumkan kehamilannya ketika usia kandungannya empat bulan dalam satu majlis yang diadakan di kediamannya di Bukit Antarabangsa, Ampang, Selangor, 13 Oktober lalu. Siti dan Datuk Khalid Mohd Jiwa berkahwin pada 21 Ogos 2006.