suria

Abam Tak Pernah Kenalkan Isteri Pada Achey, Fad

Fad dan Achey baru mengenali isteri Abam pada hari pernikahan tersebut.

AHLI kumpulan Bocey iaitu Achey dan Fad mendedahkan mereka hanya mengenali identiti sebenar isteri Abam pada hari pernikahan berlangsung.

Achey atau nama sebenar Mohd Nasir Hamzah berkata Abam terlalu berahsia dan tidak pernah memperkenalkan calon isterinya itu kepada mereka.

"Kalau nak tahu, ini kali pertama kami berjumpa isteri Abam dan tak pernah tahu pun siapa wanita bernama Hidayah.

Abam (Bocey) Sah Bergelar Suami

Fad dan Achey pertama kali menemui isteri Abam di hari pernikahan. Foto IG: @acheykintangkintung

"Di hari pernikahan ini baru kami dapat kenal dan berjumpa secara berdepan dengan isteri Abam," katanya kepada mStar Online.

Mereka ditemui di majlis pernikahan Abam dan Hidayah yang berlangsung di Masjid Jamek Sultan Hishamuddin, Sabak Bernam Selangor pada Jumaat.

Abam atau nama sebenar Syed Umar Mokhtar Syed Mohd Redzuan, 29, bergelar suami kepada Siti Norhidayah Mohd Ali dengan sekali lafaz.

Sementara itu, Fadzlie Nizam atau Fad pula berkata Abam kerap kali meluahkan keinginan untuk berkahwin, namun niatnya itu masih belum kesampaian.

Ahli kumpulan Bocey bersama isteri masing-masing.

"Dia janji nak kahwin tapi selalu tak jadi, sampaikan kami pun tak tahu mana satu yang betul-betul akan jadi.

"Kali ini dia cakap nak kahwin dan kami kata tak nak tahu sebab takut tak jadi lagi. Alhamdulillah, akhirnya dia bernikah dan baru kami tahu siapa isterinya," ujarnya.

Bercakap mengenai sisi peribadi Abam, Achey memaklumkan temannya itu merupakan seorang lelaki yang sukar membuka hati kepada mana-mana wanita.

Oleh kerana itu, mereka berasakan Hidayah merupakan insan bertuah kerana berjaya mengetuk pintu hati Abam.

Abam dan isteri, Siti Norhidayah Mohd Ali.

"Abam ni susah nak buka hati untuk seseorang. Apa yang boleh kami kata, Hidayah bertuah dan sememangnya layak untuk Abam.

"Semoga pasangan ini bahagia melayari alam rumah tangga dan dikurniakan zuriat yang soleh dan solehah," katanya.

Sebelum ini, Abam menjelaskan dia tidak mahu terlalu bercerita mengenai perkahwinan kerana bimbang ia tidak berlaku seperti diharapkan.

Justeru itu, pelakon ini lebih selesa tidak terlalu mendedahkan mengenai perkara tersebut dan memilih untuk mengumumkan apabila benar-benar sudah pasti.

Abam, Fad, Achey, Bocey

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain