KUALA LUMPUR: Pelakon Emma Maembong tidak menyangka dinobatkan sebagai Ratu Telenovela Serba Dinamik pada malam Anugerah Telenovela 2017 yang berlangsung pada malam Sabtu, di sini.
Emma atau nama sebenarnya Fatimah Rohani Ismail, 25, berkata dia hanya mengetahui namanya tercalon dalam Pelakon Wanita Popular namun tidak memenangi kategori tersebut.
Bagaimanapun, Emma bersyukur sepanjang lima tahun dalam bidang lakonan, dirinya dihargai dengan penilaian daripada juri yang antaranya pelakon senior.
"Pada tahun pertama saya berlakon orang kata seperti kayu. Tahun kedua dan ketiga ada yang kata saya berlakon atas sebab rupa sahaja.
Emma dan Kamal memenangi anugerah Pelakon Lelaki dan Wanita Prolifik.
"Tapi setelah banyak belajar dan memperbaiki kelemahan, Alhamdulillah tahun ini saya dinilai sendiri dan dihargai juri yang antaranya pelakon senior.
"Terima kasih kepada juri dan semua yang menyokong saya sepanjang dalam industri ini," kata Emma kepada mStar Online.
Emma ditemui selepas tamat majlis Anugerah Telenovela 2017 yang diadakan di Pusat Perdagangan Dunia Putra (PWTC), Kuala Lumpur.
Selain memenangi anugerah tersebut, pelakon Awak Suka Saya Tak ini juga merangkul anugerah Pelakon Wanita Prolifik. Manakala Kamal Adli juga memenangi anugerah dalam kategori yang sama.
Gandingan Mia dan Ashraf menerusi drama Mr. Boss, Miss Stalker menjadi.
Pada malam kemuncak anugerah tersebut, sebanyak 39 kategori dipertandingkan melibatkan 24 drama dan telenovela popular yang diangkat daripada novel atau karya yang dibukukan.
Drama Suri Hati Mr Pilot memenangi keseluruhan anugerah dalam kategori popular iaitu Novel Popular dan Telenovela Popular.
Pasangan gandingan drama tersebut, Fattah Amin dan Neelofa pula mendapat undian tertinggi peminat menerusi pelakon lelaki dan wanita popular.
Manakala pelakon yang membintangi drama Mr Boss, Miss Stalker, Ashraf Muslim dan Mia Ahmad masing-masing menerima anugerah pelakon lelaki dan wanita terbaik.
Anugerah Tokoh Veteran yang terdiri daripada Primadona Telenovela diberikan pada pelakon Fauziah Nawi, manakala Hamid Gurkha sebagai Tokoh Penghibur Sepanjang Zaman dan Datuk Seri Maria Menado dinobat sebagai Seniwati Lagenda.
Pengacara pada malam tersebut adalah Datuk Tuan Asmawi Tuan Umar dan isterinya yang juga seorang pelakon, Farisha Irwayu.
Malam gilang-gemilang itu dihiburkan dengan persembahan daripada Haqiem Rosli, Baby Shima dan ramai lagi.
Kategori Anugerah
Novel Popular - Suri Hati Mr. Pilot
Telenovela Popular - Suri Hati Mr. Pilot
Pelakon Lelaki Popular Filem - Zizan Razak
Pelakon Wanita Popular Filem - Nur Fazura
Pelakon Lelaki Popular Drama - Alif Satar
Pelakon Wanita Popular Drama - Syatilla Melvin
Pelakon Lelaki Popular - Fattah Amin
Pelakon Wanita Popular - Neelofa
Ratu Telenovela Serba Dinamik - Emma Maembong
Novel Adaptasi Terbaik - Langit Cinta
Novelis Terbaik - Siti Rosmizah (7 Hari Mencintaku)
Novel Terbaik - 7 Hari Mencintaiku
Telenovela Terbaik - Mr. Boss, Miss Stalker
Pelakon Lelaki Terbaik - Ashraf Muslim
Pelakon Wanita Terbaik - Mia Ahmad
Pengarah Terbaik - Heykal Hanifah (Mr. Boss, Miss Stalker)
Penulis Skrip Terbaik - Sofia J Rhyland (Mr. Boss, Miss Stalker)
Penerbit Novel Terbaik - SR Publication (7 Hari Mencintaiku)
Penerbit Telenovela Terbaik - Saphire Screen Sdn Bhd
Stesen Penyiar Telenovela Paling Popular - TV3
Stesen Penyiar Telenovela Paling Banyak Ditonton - Slot Akasia TV3
Stesen Penyiar Telenovela Prolifik - Astro
Stesen Penyiar IPTV - HyppTv
Pengarah Telenovela Prolifik - Michael Ang
Pelakon Lelaki Prolifik - Kamal Adli
Pelakon Wanita Prolifik - Emma Maembong
Penerbit Novel Prolifik - Penerbitan Karyaseni Sdn Bhd
Penerbit Telenovela Prolifik -Global Station Sdn Bhd
Penerbit Telenovela Dinamik - Dark Wave Picture Sdn Bhd
Pelakon Lelaki Sensasi - Fattah Amin
Pelakon Wanita Sensasi - Janna Nick
Novelis Best Seller - Penulisan2u
Anugerah Khas - Seindah Takdir Cinta, Angin Cinta, Langit Cinta, Redza Rosli dan Faye Kusairi
Primadona Telenovela - Fauziah Nawi
Seniwati Lagenda - Datuk Seri Maria Menado
Tokoh Penghibur Sepanjang Zaman - Hamid Gurkha