PETALING JAYA: Dua hos Melodi iaitu Awal Ashaari dan Muhammad Azmir Selamat atau AG mengumumkan pengunduran mereka sebagai pengacara program hiburan popular itu. Pengumuman mengejut itu dibuat mereka pada penghujung segmen program itu yang disiarkan secara langsung di TV3 pada Ahad. Awal menerusi kenyataan di Instagram memberitahu sudah tiba masanya dia keluar daripada zon selesanya selepas enam tahun bersama Melodi. "Saya ingin berkongsi yang saya dengan ini mengundur diri daripada program Melodi setelah hampir enam tahun mengendalikan program ini. "Saya mula sedar bahawa saya perlu keluar daripada zon selesa saya dan enam tahun adalah masa cukup lama buat saya kekal dalam sesuatu program," tulisnya. AG pula memberitahu selama tiga tahun bersama Melodi memberi kenangan manis buat dirinya dan akan sentiasa menyokong program tersebut. "Pengacara bersilih ganti yang penting saya penonton Melodi dan berpeluang menonton hos terdahulu," katanya. Sementara itu, Awal dalam kenyataan di Instagram turut berterima kasih kepada semua pihak yang banyak membantunya sepanjang dia menggalas tanggungjawab sebagai hos Melodi. Tingkatkan prestasi, kurangkan kontroversi dan berdiri diatas bakat sendiri” @meloditv3 ? A post shared by Awal Ashaari ™ (@awalashaari) on Dec 23, 2017 at 9:31pm PST