suria

Norkhiriah Dah Tak Tanggung Dosa - Ustaz Safwan

Norkhiriah sudah bertaubat dna tidak tanggung dosa lama.

PETALING JAYA: Seseorang pelakon yang sudah bertaubat tidak menanggung dosanya kerana mendedahkan aurat ketika berlakon dalam drama yang diulang siar oleh stesen televisyen.

Penceramah bebas, Ustaz Mohd Safwan Syafiq berkata, ia adalah tanggungjawab stesen televisyen yang sepatutnya menghormati keputusan mana-mana pelakon untuk tidak menyiarkan semula drama lama mereka.

"Bahagian pelakon itu sudah selesai selepas dia bertaubat. Dosa dia tidak menutup aurat yang disiarkan semula dalam drama lakonannya tidak pergi semula kepadanya.

"Bukan dia yang minta cerita itu dikeluarkan, malah menyesal dengan perbuatan dilakukan," ujarnya pada Jumaat.

“Maaf Itu Aurat Saya, Dosa Saya” - Norkhiriah

Ustaz Safwan

Safwan diminta mengulas tentang tindakan pelakon Norkhiriah yang kesal apabila drama lakonannya ketika tidak berhijab disiarkan semula.

Dalam kenyataan kepada mStar Online pada Jumaat, Norkhiriah berkata, dia takut untuk menanggung dosa apabila auratnya dalam drama tersebut menjadi tontonan.

Dalam pada itu, Safwan mengingatkan agar, mana-mana pelakon yang sudah menutup aurat tidak perlu mempromosi dan menggalakkan penonton untuk melihat semula lakonan ketika tidak menutup aurat itu.

"Perkara itu sudah lepas dan tiada dosa, namun begitu dia tidak boleh mempromosi dan galakkan orang untuk menonton semula drama itu," ujarnya.

Nurkhiriah

Artikel Sebelum

Erma Fatima Azam Baiki Ibadat

Artikel Berikut

Artikel Lain