suria

Tempoh Reman Farid Kamil Disambung Sehari Lagi

Farid Kamil kelihatan tenang hadir ke mahkamah pada Isnin.

PETALING JAYA: Tempoh reman terhadap pelakon dan pengarah filem terkenal, Datuk Farid Kamil Zahari yang ditahan bagi membantu sisatan berhubung kes mengamuk dan menyerang seorang anggota polis serta dua orang awam di Balai Polis Trafik Kota Damansara di sini, dilanjutkan sehari lagi hingga Selasa.

Penolong Pendaftar Mahkamah Majistret, Hairul Azhar Mohd Ishak mengeluarkan perintah sambung reman terhadap Farid, 37, di Mahkamah Majistret di sini, setelah tempoh reman sejak 12 Januari lalu berakhir pada Isnin.

Farid yang hadir kira-kira pukul 11.30 pagi dengan memakain kemeja dan berseluar lokap kelihatan tenang.

Malah, dia sempat mengucapkan terima kasih kepada semua peminat dan rakan artis yang memberi sokongan.

Farid Kamil Direman Empat Hari

Turut hadir di mahkamah adalah adiknya iaitu Fadzil Zahari serta rakan artis Azad Jasmin dan Azhan Rani.

Dalam kejadian minggu lalu, Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohd Zani Che Din memberitahu Farid hadir ke balai polis berkenaan bersama seorang rakan untuk membuat laporan berhubung kes kemalangan jalan raya.

Bagaimanapun ketika ditanya mengenai tujuan laporan ingin dibuat, Farid menunjukkan mesej aplikasi Whatsapp berbunyi '300 artis hutang ah long'.

Farid tiba-tiba bertukar berang sebelum menampar anggota polis berkenaan yang turut disaksikan oleh seorang anggota lain dan tiga orang awam.

Ujian saringan air kencing juga mendapati Farid positif dadah jenis ganja.

Farid telah ditahan dan disiasat mengikut Seksyen 90 Akta Polis 1967 kerana berkelakuan tidak senonoh di balai polis serta Seksyen 323 Kanun Keseksaan kerana perlakuan yang menyebabkan kecederaan.

Selain itu, Farid juga direman mengikut Seksyen 90 Akta Polis,  Seksyen 15(1) (a) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan Seksyen 353 Kanun Keseksaan.

Farid Kamil

Artikel Lain