suria

“Saya Baik-Baik Sahaja, Hanya Ikut Perintah”- Farid Kamil

PETALING JAYA: Pelakon dan pengarah Datuk Farid Kamil Zahari memberitahu kesihatannya dalam keadaan baik sepanjang tempoh tahanan reman empat hari lalu.

Menurut Farid, 37, dia menjalani perintah reman tersebut dengan aman dan mengikuti prosedur yang ditetapkan.

"Alhamdulillah, saya baik-baik sahaja dan bersyukur kepada Allah. Semuanya berlangsung dengan aman.

"Sekarang ini saya hanya ikut perintah dan terima kasih kepada semua," katanya ringkas sebelum menaiki kenderaan polis.

Farid Kamil Direman Empat Hari

Tempoh Reman Farid Kamil Disambung Sehari Lagi

Farid Kamil Sah Positif Dadah

Farid ditemui sejurus mahkamah melanjutkan perintah reman selama sehari bermula pada Isnin di Mahkamah Majistret Petaling Jaya.

Terdahulu, Pelakon filem Tombiruo ini telah menjalani tempoh reman selama empat hari bermula Jumaat lalu dan sepatutnya berakhir pada Isnin.

Fadzil Zahari

Sementara itu, adiknya Fadzil Zahari berkata, dia berasa lega kerana Farid lebih tenang pada Isnin berbanding ketika ditahan.

"Sebelum ini saya nampak dia sangat tertekan, tetapi hari ini emosi dalam keadaan baik dan tenang. Mungkin kerana sokongan teman artis dan rakan media.

"Kami sekeluarga mementingkan kesihatan Farid dan berharap dia kembali pulih seperti biasa dan kita tengok macam mana nanti," katanya.

Suami kepada pelakon, Yana Samsudin ini turut memohon maaf kepada pihak polis dan orang awam yang menjadi mangsa serangan Farid pada hari kejadian.

Ucapan @faridkamilz untuk peminat dan penyokongnya.

A post shared by mStar Online (@mstaronlineofficial) on

Pada 11 Januari lalu, Farid hadir ke Balai Polis Kota Damansara bersama seorang rakan untuk membuat laporan berhubung kes kemalangan jalan raya.

Bagaimanapun ketika ditanya mengenai tujuan laporan ingin dibuat, Farid menunjukkan mesej aplikasi Whatsapp berbunyi '300 artis hutang ah long'.

Farid tiba-tiba bertukar berang sebelum menampar anggota polis berkenaan yang turut disaksikan oleh seorang anggota lain dan tiga orang awam.

Ujian saringan air kencing juga mendapati Farid positif dadah jenis ganja.

Farid telah ditahan dan disiasat mengikut Seksyen 90 Akta Polis 1967 kerana berkelakuan tidak senonoh di balai polis serta Seksyen 323 Kanun Keseksaan kerana perlakuan yang menyebabkan kecederaan.

Selain itu, Farid juga direman mengikut Seksyen 90 Akta Polis,  Seksyen 15(1) (a) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan Seksyen 353 Kanun Keseksaan.

Farid Kamil. Fadzil Zahari

Artikel Sebelum

Belum Ada Rezeki Siti Sarah...

Artikel Berikut

Artikel Lain