suria

Isteri Hamil, Sharnaaz Bakal Timang Cahaya Mata

Sharnaaz Ahmad (kiri) dan Noor Nabila. Foto SAMUEL ONG/The Star

PETALING JAYA: Pelakon Sharnaaz Ahmad bakal menimang cahaya mata apabila isterinya Noor Nabila mengumumkan perkara itu di Instagram pada petang Khamis. 

Kakak kepada pelakon Neelofa itu meluahkan rasa syukur terhadap rezeki yang dikurniakan selepas hampir setahun berumah tangga. 

"Alhamdulillah, berkat doa semua kami dikurniakan rezeki dan anugerah terindah dari Allah SWT. 

"Doakan segala urusan kami dipermudahkan dan doakan bayi sihat sempurna Insyaallah," tulisnya. 

Berita gembira mengenai kehamilan itu dikongsi di akaun Instagram milik Noor Nabila.

Terdahulu pada 28 Januari lalu, pasangan ini mendapat perhatian netizen apabila memuat naik foto di sebuah pusat perubatan di sini. 

Foto tersebut turut menerima ucapan tahniah beberapa rakan artis. 

Sharnaaz bergelar suami kepada Noor Nabila Mohd Noor pada 31 Mac 2017 dalam sebuah majlis sederhana yang diadakan di Hotel Royale Chulan, di sini.

Sharnaaz Ahmad, Noor Nabila

Artikel Sebelum

Artikel Lain