STATUS hubungan Sufian Suhaimi dan pelakon Elfira Loy terus menjadi tanda tanya apabila pertunangan mereka dikatakan sudah berakhir. Pasangan berkenaan dikatakan menunggu masa sesuai untuk mengumumkan perkara berkenaan. Usaha mStar Online mendapatkan kesahihan perkara itu gagal apabila Sufian minta ruang dan tidak mahu diganggu buat sementara waktu. Menurut pengurusnya, Mahadhir Mohamad, penyanyi berusia 25 tahun itu juga sudah menukar nombor telefon peribadi atas sebab-sebab berkenaan. "Dia tukar nombor peribadi dan tak mahu diganggu," jawabnya ringkas. ARTIKEL PENUH: “Hubungan Kami Kini Rumit” - Sufian Suhaimi Penampilan terbaharu Sufian ketika menghadiri malam kemuncak Anugerah Juara Lagu Ke 32, Ahad lalu. Difahamkan Elfira pula kini berada di Amerika Syarikat bersama keluarganya. Sebelum ini, tindakan penyanyi lagu Terasa Ada ini memuat naik foto kapsyen di Instastory mengundang persoalan netizen yang berasakan ia ditujukan kepada Elfira Loy. Malah, ada netizen yang meninggalkan komen di Facebook milik sebuah portal berita memberitahu hubungan mereka telah berakhir minggu lalu. Foto (kiri) dimuat naik Sufian di Instastory dan kanan, komen netizen mengenai hubungan mereka. Pasangan selebriti ini mengikat tali pertunangan pada 6 Oktober tahun lalu di Cheras, Kuala Lumpur. Pada 23 Januari lalu, portal ini ada melaporkan Sufian mengakui hubungannya dengan Elfira melalui fasa yang rumit. Bagaimanapun, dia sentiasa berdoa yang terbaik agar hubungan yang dibina itu berakhir seperti dirancang. Pasangan ini merancang untuk mendirikan rumah tangga pada Mac ini. "Boleh dikatakan hubungan kami dalam keadaan complicated. Ia bukan kerana berhadapan masalah tapi sesuatu yang sukar dijelaskan. Seperti pasangan bertunang yang lain, kami melalui fasa ujian bertunang. "Hanya kami berdua yang tahu apa yang berlaku dan mengharapkan pengakhiran yang baik," ujarnya. Perancangan awal perkahwinan mereka pada bulan depan namun sehingga kini kedua-duanya masih belum memaklumkan tarikh sebenar pernikahan.