suria

Fizi Ali & Shakilla Khoriri Sah Bergelar Suami-Isteri

Fizi selamat bernikah dengan Shakilla dengan dua kali lafaz. Foto Instagram: @shakillakhoriri.

KUALA LUMPUR: Penyampai radio Suria FM, Fizi Ali meluahkan rasa syukur apabila majlis pernikahan dengan Shakilla Khoriri berjalan dengan lancar pada pagi, Ahad.

Fizi, 29, berkata dia berharap semua peminatnya dan Shakilla mendoakan kebahagian dan ikatan perkahwinan mereka kekal hingga jannah.

“Alhamdulillah, semuanya berjalan dengan lancar. Kami mengucapkan terima kasih kepada mereka yang mendoakan kami.

"Doakan kebahagiaan kami dan semoga ikatan perkahwinan ini kekal hingga ke jannah.” kata Fizi Ali kepada mStar Online.

ARTIKEL BERKAITAN: Fizi Ali, Shakilla Khoriri Tidak Bertegur

Pasangan itu telah selamat diijabkalbulkan oleh bapa pengantin perempuan, Khoriri Markon dengan dua kali lafaz tepat pukul 10.37 pagi di Dewan Chersonese Media Hall, Maju Junction Mall, di sini.

Fizi bersyukur majlis berjalan dengan lancar.

Majlis itu juga menyaksikan Fizi menyerahkan RM300 sebagai mas kahwin manakala wang hantaran dirahsiakan jumlahnya.

Fizi menyerahkan lima dulang hantaran dan dibalas tujuh dulang oleh pihak pengantin perempuan.

Majlis tersebut dihadiri oleh kira-kira 200 orang tetamu yang terdiri daripada ahli keluarga dan teman rapat sahaja.

ARTIKEL BERKAITAN: Fizi Ali Rasa Takut, Mula Tidur Lewat

Bekas peserta program Pilih Kasih musim kedua ini mula berkenalan dengan Shakila ketika menjalani pengambaran telemovie Tuty Polkadot pada tahun 2012.

Pasangan itu mengikat tali pertunangan pada 16 Julai tahun lalu selepas empat tahun bercinta.

Majlis resepsi akan diadakan pada malam ini di lokasi yang sama.

Fizi Ali, Shakilla Khoriri, Suria FM

Artikel Berikut

Artikel Lain