suria

Putus Tunang: Ini Nasihat Aiman Tino Kepada Sufian Suhaimi

Aiman Tino meminta agar sahabatnya Sufian Suhaimi bersabar dengan dugaan sedang dilaluinya.

BERITA ikatan pertunangan penyanyi Sufian Suhaimi dan Elfira Loy yang terlerai mengundang pelbagai spekulasi daripada pelbagai pihak yang tertanya-tanya mengenai punca sebenar perpisahan pasangan itu.

Sufian yang berpegang pada prinsip bahawa ikatan pertunangannya dengan Elfira masih belum terbatal selagi cincin yang diberikan masih bersama pelakon itu dilihat lebih banyak mendiamkan diri.

Bagaimanapun, Sufian sempat memuat naik beberapa mesej ditinggalkan oleh peminat dan rakan artis kepadanya di InstaStory sebagai tanda terima kasih atas sokongan dan memberi semangat kepadanya disaat sukar ketika ini.

Rakan baik Sufian yang juga penyanyi, Aiman Tino turut menyatakan simpati dan memintanya agar bersabar dan kuat mengharungi dugaan.

"Salam Ean. Aiman ni. Ean banyakkan bersabar. Aiman tak tahu nak cakap macam mana pasal benda ni.

"Tapi kita kena percaya, mesti ada hikmah setiap yang berlaku. Keep strong Bro! I kknow you!

"Biarkan apa orang nak cakap. Diaorang tak tahu apa yang korang lalui. Jangan termakan dengan kata-kata netizen," tulisnya menerusi kiriman Whatsapp.

Pada Sabtu lalu, ibu kepada Elfira iaitu Filzah Yusoff, 52, mengesahkan ikatan pertunangan di antara anak perempuannya dengan Sufian sudah berakhir baru-baru ini.

Pihaknya akan bertemu dengan keluarga Sufian untuk memulangkan cincin pertunangan mereka dalam masa terdekat.

Pasangan itu mengikat tali pertunangan pada 6 Oktober tahun lalu dan sepatutnya melangsungkan perkahwinan pada Mac ini.

Aiman Tino, Sufian Suhaimi

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain