suria

“Janganlah Serius Sangat…” - Ramona Zamzam

Ramona bersama anaknya, Ivanna Alashkar yang dilahirkan pada 7 Disember lalu. Foto Instagram @ramona_zamzam

PERTANYAAN secara terbuka pelakon Ramona Zamzam di ruang komen foto milik aktres Ezzaty Abdullah di Instagram berhubung kebimbangannya membawa bayinya ke tempat awam disalah erti segelintir pihak.

Penggunaan bahasa pasar pada ruangan komen itu membuatkan pengikut Instagram Ezzaty tidak berpuas hati dengan Ramona yang melabel anaknya sendiri sebagai gila jika terpaksa duduk setempat memandangkan bayinya itu sangat lasak.

Pertanyaan itu dibuat Ramona apabila melihat Ezzaty membawa anaknya Harum Dahlia ke sebuah majlis perkahwinan pada Jumaat lalu.

"Baby tak menangis ke babe! I ada wedding juga esok, tengah fikir nak pergi ke tak sebab risau tak boleh nak handle baby.

"Anak I gila kalau duduk setempat, dia bisang tapi kalau jalan-jalan dan bergerak baru dia diam," tulisnya.

Ramona bersama suami dan anak mereka.

Salah seorang pengikut Instagram Ezzaty tampil menegur penggunaan bahasa Ramona yang dianggap tidak baik seolah-olah mendoakannya.

"Sis tak elok cakap macam tu kat anak... seakan kita doakan anak. Sebaiknya kita guna perkataan 'anak bertuah' dalam masa yang sama kita mendoakan anak kita bertuah," tulisnya.

Ramona turut membalas komen tersebut memberitahu itu hanya gaya percakapannya dan sebagai ibu dia tidak akan mendoakan perkara tidak elok untuk zuriatnya sendiri.

"Allah janganlah serius sangat... I memang jenis kasar. Kawan-kawan yang kenal lebih faham cara percakapan I berbanding orang luar yang tak kenal.

"Mak mana nak mendoakan anak mereka benda-benda tak baik. Maaf kalau komen saya buat anda rasa I jahat tetapi saya hanya berjenaka alahai," tulisnya.

Ramona Zamzam

Artikel Lain