suria

Zul Ariffin Dedah Situasi Sebenar Bergandingan Dengan Neelofa

Zul pertama kali memuat naik foto bersama Neelofa di laman sosialnya. Foto Instagram @zul_ariffin

PELAKON Zul Ariffin mendedahkan bukan mudah untuk berlakon disamping gandingannya dalam drama bersiri Ti Amor Sweetheart 100 Hari iaitu Neelofa kerana mereka tidak saling mengenali sebelum ini.

Zul atau Zulkifli Ariffin, 32, berkata, situasi itu boleh membuatkan keadaan menjadi janggal namun mereka harus profesional bagi mendapat hasil terbaik buat penonton.

Malah Zul turut memberi kredit kepada semua krew produksi kerana bekerja keras bagi merialisasikan semua yang dirangka untuk projek berkenaan.

"Jadi, inilah situasi sebenar di set, apabila dua pelakon yang tidak mengenali antara satu sama lain diletakkan dalam satu situasi yang seolah-olah mereka sudah mengenali bertahun-tahun.

"Ia boleh jadi janggal, sedikit memalukan tetapi pada akhirnya ia berkenaan menghasilkan sesuatu yang bukan sahaja 'sweet', dipercayai dan menyakinkan penonton tetapi merialisasikan apa yang telah produksi rancangkan," katanya.

Pengkongsian Zul menerusi laman Instagramnya.

ARTIKEL BERKAITAN: Gara-Gara Foto Mesra, Peminat Minta Zul Ariffin & Neelofa Kahwin

Zul berkongsi mengenai perkara itu menerusi Instagram miliknya selain memuat naik gambar bersama Neelofa yang kini sedang menjalani penggambaran di Rome, Itali.

Dalam pada itu, Zul berkata, setiap pelakon mempunyai peluang untuk dilihat namun setiap babak yang dilakonkan bukan sahaja bergantung pada mereka.

Sebaliknya kata Zul, ia adalah kerja berpasukan dan bagaimana mereka mempersembahkan sesebuah karya itu kepada penonton.

"Pelakon dapat dilihat menerusi skrin tetapi setiap babak itu adalah bergantung kepada hasil kerja berpasukan dan bagaimana kami persembahkan kepada anda.

Zul dan Lofa kini berada di Rom, Itali bagi menjalani penggambaran drama terbaru mereka.

"Kami berharap anda akan menyukai produknya nanti," tulisnya.

Walaupun drama itu masih belum ditayangkan namun ramai mula menyukai gandingan kedua-dua pelakon itu yang disifatkan nampak serasi dan secocok sebagai pasangan.

Rata-rata tidak sabar melihat gandingan kedua-dua pelakon itu malah ramai mendoakan agar mereka bertemu jodoh bukan sahaja di dalam drama lakonan mereka tetap dalam dunia nyata.

Lebih menarik, peminat sudah mencipta tanda pagar gabungan nama pasangan itu, #zulofa dengan memuat naik koleksi foto mereka di Rome.

Artikel Lain