JIKA selebriti lain memilih untuk berkongsi wajah anak selepas tempoh waktu tertentu, pelakon Nora Danish pula sebaliknya dan tidak menunggu lama berbuat demikian. Menerusi laman Instagram, Nora, 37, ada memuat naik beberapa keping foto wajah bayi lelakinya itu yang diberi nama Mohamed Neqayl Nedim atau dipanggil Ney Ney. Rata-rata pengikut di laman tersebut turut teruja melihat wajah anak hasil perkahwinan Nora dan Nedim ini. ARTIKEL BERKAITAN: Ney Ney, Bayi Nora & Nedim Lahir Sihat Nora Danish berkongsi wajah Ney Ney di laman Instagram. "Hello Ney Ney hensem boy. Aunty terjatuh cinta tengok kamu. Suka tengok baby Nora post lagi banyak Nora sebab suka tengok comel sangat. "Comelnya. Tahniah Nora Danish dan suami. Doakan semoga saya dan suami pun dapat zuriat secomel macam ini juga ya," komen netizen pada gambar terbaharu Ney Ney. Wajah comel Neqayl. Dalam laporan sebuah portal berita, Nora berkata dia tidak memerlukan masa yang lama untuk memaparkan wajah anaknya. Malah, dia percaya setiap individu mempunyai pandangan dan pendapat sendiri berhubung isu ini. Pelakon filem Makrifat Cinta ini selamat melahirkan bayi lelaki seberat 3 kilogram di sebuah hospital swasta di ibu negara pada pukul 9.02 pagi Khamis secara pembedahan. Nedim mengucup pipi Neqayl. Nora dan Nedim Nazri berkahwin pada 30 Mac 2017 dan ia adalah perkahwinan kedua buat mereka. Sebelum ini, Nora pernah berkahwin dengan Rizal Ashram Ramli dan mereka mempunyai seorang anak iaitu Putra Rayqal Ramli Rizal Ashram yang berusia 9 tahun. Mereka bercerai pada 10 Julai 2008 selepas dua tahun berkahwin. Nedim juga seorang duda anak satu selepas bercerai pada tahun 2013. Dalam perkahwinan pertama itu Nedim turut mendapat anak lelaki.