suria

Betul Ke Abam Dah Mengongkong Isteri?

Abam ada sebab tersendiri enggan terlalu mendedahkan isterinya kepada umum.

PELAWAK Abam Bocey menjelaskan tindakannya enggan terlalu mendedahkan isterinya, Siti Norhidayah Mohd Ali kepada umum bukan ingin bersikap mengongkong.

Sebaliknya kata pemilik nama sebenar Syed Umar Mokhtar Syed Mohd Redzuan, 30, ini, dia bimbang jika isteri sering mengikutnya ke acara hiburan ia akan membataskan privasi Siti Norhidayah dan keadaan itu akan membuatkannya tidak selesa.

"Rasanya lebih baik dari sekarang saya tidak terlalu mendedahkannya kepada umum kerana bimbang nanti pergerakkannya dan privasinya akan terbatas.

"Saya mahu dia menjalani kehidupan normal seperti mana sebelum dia berkahwin dengan saya dan bukannya ingin mengkongkongnya," kata Abam.

Abam dan Hidayah berkahwin pada 8 Disember tahun lalu.

Abam dan Siti Norhidayah berkahwin pada 8 Disember 2017 di Masjid Jamek Sultan Hishamuddin, Sabak Bernam, Kuala Selangor.

Sementara itu, Abam berkata, Siti Norhidayah tidak kisah dengan keputusannya itu malah lebih selesa dengan situasi tersebut.

Bagaimanapun kata Abam, itu tidak bererti dia akan terus 'sorok' isterinya kepada umum sebaliknya akan membawanya jika ada majlis memerlukan dia berbuat demikian.

"Dia okay sahaja malah dia sendiri lebih selesa tidak begitu menonjol dalam 'dunia' saya dan faham kenapa saya mahu keadaan kekal seperti sebelum ini.

Bocey muncul dengan program terbaharu iaitu Bocey & Friends Live.

"Sejak berkahwin banyak yang dia belajar tentang diri saya dan karier saya," katanya.

Dalam perkembangan lain, Abam bersama dua anggota lagi anggota Bocey iaitu Fad dan Achey yang muncul dengan program Bocey & Friends Live berharap rancangan itu dapat mengubat kerinduan peminat terhadap gandingan mereka bertiga.

Bocey & Friends Live bersiaran secara langsung setiap hari Jumaat 10 malam di Astro Warna (132) dan Warna HD (124).

Abam, Bocey, Bocey & Friends Live

Artikel Lain