suria

Aaron Aziz Larang Anak Tayang Harta

Aaron bersama anaknya

PETALING JAYA: Pelakon Datuk Aaron Aziz memberitahu dia meminta anak-anaknya agar tidak mempamerkan barang-barang mewah dengan niat tertentu di laman sosial.

Aaron, 42, berkata, perkara itu bukan sahaja demi keselamatan, malah tersasar dengan tujuan utama membuka laman laman sosial tersebut.

“Kita pantau dari awal penggunaan laman sosial, apa yang mereka cari di internet.

“Untuk keselamatan saya minta mereka tidak sertakan lokasi dan jangan tunjuk harta. Laman sosial hanya sekadar suka-suka sahaja,” ujarnya kepada mStar Online.

Aaron ditemui pada pelancaran program Oh My Family! baru-baru ini.

Aaron Aziz bersama anaknya Dahlia Arissa pada program Oh My Family!

Aaron berkahwin denngan Diyana Halik dan mempunyai tiga cahaya mata iaitu Danish Anaqi, 14, Dwi Ariana,12, dan Dahlia Arissa, 8 tahun.

Bagaimanapun, Aaron berkata, anak-anaknya mampu untuk mengendalikan laman sosial tersebut dengan baik.

Katanya, mereka juga mampu mengawal komen-komen negatif agar tidak memberi kesan dan mempengaruhi emosi mereka.

“Saya benarkan mereka buka pada umur yang sesuai dan tahu mereka mampu mengawal laman sosial itu dengan baik.

“Pada saya laman sosial ini mengajar mereka tentang kehidupan iaitu tidak semua orang suka apa kita buat,” ujarnya.

Aaron menjelaskan, dia tidak menghalang penggunaan laman sosial terhadap anak-anaknya selagi mereka mendahului perkara yang lebih penting.

“Mereka tahu membahagikan masa, selagi tidak melalaikan perkara wajib sepeti solat dan masa belajar saya ok,” ujarnya.

Sementara itu, Aaron dan anak bongsunya, Dahlia Arissa bakal menjayakan program terbaharu, Oh My Family!.

Program ini turut menampilkan gelagat anak-anak Datuk Fazley Yaakob, Rita Rudaini, Azad Jazmin dan Aziz M. Osman.

Ia bakal bersiaran di saluran Astro Ria (104), Astro Ria HD (123) dan Astro Ceria (611) pada setiap Rabu, pukul 9 malam bermula 11 April depan.

Aaron Aziz

Artikel Lain