suria

Bekas Isteri Adi Putra Berang Indvidu Kaitkan Rakannya

Bekas isteri Adi minta individu berkenaan bertemu dengannya.

PETALING JAYA: Bekas isteri kedua Datuk Adi Putra iaitu Norshahida Zolkifly berang apabila sebuah akaun Instagram palsu mengeluarkan kata-kata negatif mengaitkan seorang rakannya dalam hal peribadi dan rumah tangga yang pernah dilaluinya dahulu.

Norshahida, 34, berkata, individu yang menggunakan akaun palsu @mannequinraf itu tidak sewajarnya melibatkan orang lain jika mempunyai masalah dengan dia yang pernah berkahwin dengan aktor itu.

"Saya rasa sebagai peminat yang terlalu memuja selebriti dan artis, saya faham akan ketidakupayaan anda untuk berada dalam industri hiburan ini.

"Bila mana awak mengecam @nooraimihosamudin, itu adalah dosa awak dan dia. Tapi bila libatkan nama saya, its getting personal. Come and meet me!, so that we can discuss what is your problem with me," tulisnya.

Status Norshahida baru-baru ini.

Norshahida berkata demikian selepas memuat naik komen sebuah akaun Instagram rakannya yang bergambar bersama pelakon Syafiq Kyle.

"Akak ni rakan baik Shahida bekas isteri Adi Putra kan? tidak hairanlah perangai sama. Jangan marah," tulis komen di akaun berkenaan.

Menurut Norshahida, dia sudah lama bersabar dengan individu berkenaan dan berharap dapat mengenali identiti sebenar di sebalik akaun palsu berkenaan.

"Sabar memang sabar tapi dah lama tengok ID ni. Manusia ni macam-macam, boleh tahu perangai orang, kenal saya ke?

"Sama-sama kita doakan dia agar dapat kasih sayang dari siapa-siapa yang dia nak, moga berjodohan dengan artis, baru tahu rasanya," ujarnya.

Adi Putra

Norshahida berkahwin dengan Adi sebagai isteri kedua pada 20 Jun 2016.

Bagaimanapun menerusi laporan mStar pada 23 Mac lalu, Adi mengesahkan dia tidak lagi mempunyai hubungan dengan kedua-dua isterinya.

Dia membuat pengumuman mengenai perpisahan itu menerusi laman Instagram.

Pada 18 Januari lalu, pelakon KL Gengster itu mengumumkan bernikah semula dengan bekas isteri pertamanya Aida Yusof atau nama sebenarnya Zuhaidah Yusof, 43.

Adi dan Zuhaidah berkahwin kali pertama pada 14 April 2006 dan tidak dikurnaikan cahaya mata sebaliknya mempunyai seorang anak angkat Zara Adelia yang kini berusia lima tahun.

Adi Putra

Artikel Lain